in ,

Jangan Risau Geralt, Yennefer Akan Kembali Dalam Musim Kedua The Witcher Netflix

Setelah memperlihatkan gambar pertama Geralt dan Ciri untuk musim kedua The Witcher pada beberapa hari lalu, seperti dijangka, Netflix telah berkongsikan pula pandang pertama bagi satu lagi karakter utama siri ini.

Dua keping gambar Yennefer telah dimuatnaik oleh Netflix, memperlihatkan ahli sihir itu telah ditawan dan tangannya dirantai dengan besi.

Kapsyen yang digunakan untuk dua gambar ini ialah sebuah puisi yang mengingatkan kembali tentang penamat yang disajikan dalam episod terakhir musim pertama. Babak terakhir musim pertama menyaksikan Yennefer telah berjaya memenangi Battle of Sodden dengan kuasa saktinya, namun ia telah menghilangkan diri, membuatkan ramai terfikir bahawa dia telah terkorban.

Ini semestinya selari dengan sinopsis yang telah didedahkan, yang mana Geralt yakin bahawa Yennefer telah menemui ajal dalam pertempuran itu, memaksa Witcher itu membawa Ciri ke Kaer Morhen untuk melindungi dan melatihnya.

Musim kedua masih lagi dalam penggambaran, dan belum ada tarikh tayangan. Ia dijangka akan menemui para peminat pada 2021. Musim pertama boleh ditonton sekarang di Netflix yang mempunyai lapan episod.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Saksikan Video Rasmi Sony Buka Komponen PS5 Satu Per Satu

Saksikan Video Rasmi Sony Membuka Komponen Luaran Dan Dalaman PS5 Satu Per Satu

Controller PS5 Diperlihatkan - Ini 9 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Tentang DualSense

Bilangan Lampu Di Controller PS5, DualSense Menyala Menandakan Pemain Ke Berapa