in ,

Jangan Risau, DualSense PS5 Akan Tetap Ada Audio Jack Untuk Headset

Beberapa hari lalu, Sony telah secara rasmi memperlihatkan controller untuk PlayStation 5, iaitu DualSense. Salah satu fungsi baharu yang mengujakan ramai adalah kehadiran mikrofon terbina.

Di sebalik pembaharuan ini, ada pemain yang gusar terhadap kemungkinan Sony membunag audio jack untuk headphone seperti yang ada di DualShock 4.

Jangan bimbang, Pengurus Produk PlayStation, Toshimasa Aoki telah menjawab persoalan ini yang ditanyakan oleh salah seorang pengguna Twitter. Katanya, masih terdapat audio jack supaya pemain dapat cucukkan headset sendiri seperti DualShock 4.

Ini semestinya tidak mengejutkan kerana dalam blog sebelum ini, dalam mereka mengumumkan tentang mikrofon terbina, Sony mengingatkan bahawa lebih baik untuk menggunakan headset sekiranya ingin berkomunikasi dalam jangka waktu yang panjang.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, di sebalik pelbagai situasi yang sukar dialami ketika penularan wabak COVID-19, Sony masih menjadualkan yang PS5 akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ini Antara Warna Controller PS5 DualSense Yang Direka Peminat - Mana Yang Paling Lawa?

Ini Antara Warna Controller PS5 DualSense Yang Direka Peminat – Mana Yang Paling Lawa?

EA Kumpulkan 20 Pemain Bola Sepak Dari Kelab Ternama Eropah Untuk Pertandingan Amal FIFA 20 [KEMASKINI]

EA Kumpulkan 20 Pemain Bola Sepak Dari Kelab Ternama Eropah Untuk Pertandingan Amal FIFA 20 [KEMASKINI]