in ,

Jangan Merungut Tiada Sekuel Kalau Tak Beli Game Pada Harga Penuh, Kata Pengarah Days Gone

Penulis dan pengarah kreatif Days Gone, John Garvin berkata sekiranya kamu sukakan game itu, dan mahukan sekuel, kamu sepatutnya beli game itu pada harga penuh.

Ketika menjadi tetamu dalam rancangan Youtube David Jaffe (via VGC), telah berbincang tentang beberapa topik semasa beliau mambangunkan Days Gone. Antara perkara hangat yang dibincangkan adalah tentang bagaimana game itu dilaporkan tidak mendapat kelulusan daripada Sony untuk membikin sekuelnya.

Garvin yang tidak lagi bekerja dengan Bend Studio, telah ditanyakan sama ada beliau ada mendengar tentang kemasukan Days Gone ke dalam PlayStation Plus Collection telah menaikkan sambutan orang ramai terhadap game itu. Dan beliau menjawab dengan begitu panas.

“Saya ada pendapat tentang sesuatu yang mungkin menarik minat audiens kamu, dan ia mungkin akan buat mereka marah,” jawab Garvin. “Kalau kamu sukakan satu-satu game, belinya pada harga penuh. Tak terkira saya dah dengar yang gamer kata ‘yeah, saya dapatkannya semasa jualan murah, saya dapat dalam PS Plus, apa-apa sajalah.”

Jaffe kemudian memberi respon terhadap kenyataan Garvin ini dengan mengatakan bagaimana kamu tahu kamu sukakan game ini selagi kamu belum mainkannya.

“Saya cakap saja, kamu tak tahu pun, tapi jangan merungut kalau sesebuah game itu tak dapat sekuel kalau ia tidak disokong semasa pelancaran,” jawab Garvin lagi.

Garvin kemudian menyambung penjelasannya itu dengan berkongsi tentang bagaimana beliau berhadapan dengan situasi cetak rompak ketika pernah bekerja membangunkan Syphon Filter: Dark Mirror di platform PlayStation Portable (PSP).

“Saya boleh cakap semasa kami membikin Dark Mirror, segalanya teruk disebabkan cetak rompak berleluasa dan Sony tak ambil perhatian tentang bagaimana cetak rompak telah memberi kesan kepada hasil jualan. Dan kami pernah tunjukkan mereka torrent, satu laman web torrent [cetak rompak] pernah ada 200,000 unit Dark Mirror dimuat-turun.”

“Kalau saya ingatnya dengan betul, nombor itu boleh jadi salah, tapi apa-apa pun, saya sangat marah ketika itu, saya macam ‘ini adalah duit saya yang keluar dari kocek saya.'”

“Jadi saya fikir kenaikan sambutan [ketika masuk PS Plus Collection] terhadap game itu tidaklah sepenting bila kamu beli game itu pada harga penuh? Sebab kalau kamu belinya, maka ia menyokong para pembangun secara langsung.”

Korang setuju dengan pandangan John Garvin? Kongsikannya di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

It Takes Two: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Ubisoft Umumkan Tarikh Acara E3 2021 Pada Jun