in , , ,

“Jangan Halang Anak Main Video Game, Tapi Galakkan,” Kata Ustaz Zul Pandan

“Jangan halang, galakkan.”

Gambar hiasan.

Sebilangan besar masyarakat kita masih belum terdedah tentang bagaimana besarnya industri esport, sama ada yang tempatan mahupun di peringkat antarabangsa. Kebanyakannya masih lagi berada di zaman 90-an yang menganggap video game hanyalah satu hobi yang sia-sia.

Taktala, masyarakat umum masih memandang enteng terhadap esport khususnya, dan video game secara umum, penceramah bebas ini melontarkan satu kenyataan yang boleh membuatkan para gamers tersenyum.

Ustaz Zul Pandan. Sumber dari Facebook beliau.

Ustaz Zul Pandan berkata melalui laman Facebook-nya, melarang ibu bapa untuk menghalang anak-anak mereka daripada bermain video game, sebaliknya, mereka sepatutnya menggalakkannya lagi.

“Jangan larang anak anda main video game tapi galakkanlah,” kata beliau. “Kalau dulu, tengok anak-anak main video game kita rasa berbulu saja. Rasa nak marah. Rasa nak bakar je PC tu. Tetapi sekarang tidak lagi.”

“Sekarang ini kalau tengok anak-anak main video game, kita rasa syukur. Ini disebabkan kita nampak peluang yang menguntungkan.”

“Ini kerana sekarang ini video game telah menjadi satu sukan yang boleh ‘buat duit’. Ia bukan sahaja diiktiraf sebagai sukan (e-sukan), malah ia juga boleh menjadi kerjaya yang sangat menguntungkan. Bahkan sukan ini boleh menaikkan nama negara.”

Lima atlet esport pertama Malaysia yang menerima Jalur Gemilang di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil sebagai wakil negara ke pentas antarabangsa.

“Dalam Sukan Asia 2018 di Indonesia, e-sport akan dijadikan satu daripada acara dalam temasya tersebut.
Bahkan kini, sukan ini dipertandingkan di peringkat dunia dengan tawaran hadiah yang lumayan.”

Mengenai penglibatan esport dalam Sukan Asia 2018 di Jakarta, info yang dinyatakan mungkin sedikit kurang tepat. Pada tahun ini, esport bakal menjadi demonstrasi sahaja di temasya terbesar benua itu. Namun, semasa temasya berikutnya, iaitu Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, esport bakal dipertandingkan sebagai salah satu pingat.

Dan sudah ada juga gerakan yang mahu memasukkan esport ke dalam temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik.

Apa-apa pun, jom kita sambung dengar apa lagi yang ingin diperkatakan Ustaz Zul Pandan tentang esport ini.

“Mana-mana ibu bapa yang masih menjadi ibu bapa tipikal takkan nampak ini sebagai peluang. Bagi mereka, ini bala musibah baru untuk anak-anak mereka.”

“Bagi mereka ‘benda ini’ walaupun boleh buat duit tapi tidak baik dan negatif. Susah nak ubah mereka yang macam ini. Oleh itu artikel ni tak sesuai untuk ‘depa’.”

“Wahai ibu bapa yang optimis, ini adalah peluang yang harus direbut. Bahkan untuk anak-anak yang memang kaki game ini peluang untuk tunjuk kehebatan. Suruh mereka sungguh-sungguh. Bukan main hanya lepas batok di tangga sahaja.”

“Apapun yang diperlukan adalah bersungguh- sungguh. Itulah kut yang belum ada dalam jiwa ‘orang kita’ la ni.
Walaupun kita galakkan penglibatan ini, kita tetap meletakkan peraturan dan displin yang ketat. Apapun, kuncinya adalah displin. Mesti ada peraturan dan displin yang perlu disusun untuk anak-anak yang mahu terlibat.”

“Ini bagi anak-anak yang nampak peluang dan bersungguh. Kalau jenis yang saja ja nak main video game, yang ni takyahlah kut kita galakkan main video game. Sebab mereka pasti buang masa.

“Ingat yang kita sedang bicarakan ini adalah untuk anak-anak yang ada ‘talent’ dan ‘passion’ untuk bermain video game.”

“Artikel ini adalah untuk ibu bapa mereka dan mereka.
Lihatlah ini sebagai potensi. Bukan bencana. Please, see a problem as opportunity.

“Rasulullah Saw. Bersabda: “Sesungguhnya Allah menyukai orang mukmin yang berusaha.”(H. R. Al-Baihaqi). Ini termasuk usaha untuk menguasai satu bidang yang muslim perlu ‘involve’. Bukan membiarkan sesuatu itu berlalu,” kata beliau mengakhiri post itu.

Sememangnya kerajaan kini telah memandang esport secara serius. Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telahpun mengiktiraf esport sebagai salah sebuah industri baru negara.

Kemudian, Kementerian Pendidikan telah mengesahkan yang mereka sedang mempertimbangkan untuk menjadikan esport sebagai sukatan pelajaran di sekolah, dan Kementerian Beliau & Sukan (KBS) kini sedang membentangkan modul yang sesuai.

KBS juga telahpun mewujudkan unit esport di bawah Majlis Sukan Negara, khas untuk membuat persiapan atlet esport negara bagi menghadapi Sukan Asia 2022 dan Sukan Olimpik 2024.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

“Jika Game Harga Penuh, Gamers Patut Dapat Game Yang Dah Digilap” – Respon CD Projekt Red Terhadap Loot Box

DLC Pertama Dragon Ball FighterZ Akan Bawakan Ayah Goku, Bardock Dan Broly