Lepas filem X-Men, lama tak nampak pelakon Cyclops ni. Baru-baru ni dia berlakon dalam Westworld pulak.
Menurut Hollywood Reporter, James Marsden bakal melakonkan watak di dalam Sonic The Hedgehog Movie!
Tak pasti pulak karakter apa yang akan dimainkan oleh Marsden, tapi Sonic The Hedgehog Movie ini nanti akan menggabungkan live action dan CG.
Filem ini nanti akan diarah oleh Jeph Fowler (pengarah Gopher Broke) dan diterbitkan oleh Tim Miller (pengarah Deadpool). Oren Uziel (penulis The Cloverfield Paradox, 22 Jump Street) pula sedang menulis draft bagi filem ini yang akan ditayang bermula 19 November 2019 nanti.
Agak-agak budak-budak sekarang kenal ke betapa hebatnya Sonic ni?
Comments
Loading…