in , , ,

Jalan Cerita Utama Cyberpunk 2077 Akan Lebih Pendek Daripada The Witcher 3, Side Quest Lebih Kompleks

CD Projekt Red ada mengadakan acara komuniti tahunan di Poland, dan apa yang dibualkan dalam acara itu telah dikongsikan oleh seseorang di Reddit.

Antara info menarik yang didedahkan ialah Cyberpunk 2077 akan memiliki jalan cerita utama yang lebih pendek daripada The Witcher 3.

Secara dasarnya, CDPR tidak meletakkan kata putus berapa panjang game itu akan dapat dihabiskan sekiranya semua side quest yang kecil dimainkan, namun mereka mendedahkan yang jalan cerita utama dan beberapa side quest penting akan mengambil waktu yang sedikit kurang untuk dihabiskan berbanding The Witcher 3.

Sebagai perbandingan, secara purata, The Witcher 3 memerlukan masa sebanyak 51 jam untuk dihabiskan jalan cerita utamanya, menurut How Long To Beat.

Selain itu, CDPR turut mendedahkan bahawa Cyberpunk 2077 akan mempunyai side quest yang lebih terperinci, yang mana ia dikatakan akan lebih kompleks berbanding mana-mana game yang pernah mereka bangunkan sebelum ini.

Side quest dalam The Witcher 3 dikatakan sebagai “satu garisan tunggal yang mempunyai banyak cabang keluar daripadanya”. Manakala untuk Cyberpunk 2077 pula, ia dikatakan mempunyai side mission yang akan sentiasa berkembang kepada lebih banyak side quest yang seterusnya mampu memberi impak kepada quest lain, termasuk jalan cerita utama.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 16 April 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Disember 2019

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Disember 2019

Kor Risik Diraja Anjurkan Pertandingan PUBG Mobile Terbuka - RM12,200 Jadi Rebutan!

Kor Risik Diraja Anjurkan Pertandingan PUBG Mobile Terbuka – RM12,200 Jadi Rebutan!