in ,

Jalan Cerita The Last of Us Part II Ditiriskan Oleh Penggodam, Bukan Dari Pembangun Naughty Dog

Ketika jalan cerita dan gameplay The Last of Us Part II tertiris dalam skala besar pada minggu lalu, laporan itu turut mendakwa bahawa butiran tersebut ditiriskan oleh beberapa pembangun dalaman Naughty Dog yang tidak berpuas hati dengan cara kerja studio tersebut.

Beberapa hari lepas, Sony telah mengeluarkan kenyataan bahawa ketirisan tersebut bukan dilakukan oleh individu-individu yang ada kaitan rasmi dengan Sony Interactive Entertainment mahupun Naughty Dog.

Terkini, satu lagi laporan telah muncul mengatakan bahawa butiran ini sebenarnya telah didapati melalui penggodam.

Wartawan Bloomberg, Jason Schreier menyatakan bahawa beliau telah bercakap dengan dua individu yang mempunyai talian langsung tentang bagaimana ketirisan ini berlaku. Kata Schreier, penggodam telah menemui kerentanan (vulnerability) keselamatan dalam data game lama Naughty Dog, dan telah menggunakannya untuk mengakses server milik studio itu.

Beliau menegaskan lagi bahawa dakwaan yang mengatakan perlakuan ketirisan itu dilakukan sebagai satu bentuk protes oleh kontraktor yang tidak dibayar adalah tidak benar. Naughty Dog, menurut Schreier, dikatakan turut melebihkan bayaran dan faedah kesihatan untuk para kontraktor dalam situasi COVID-19.

Apa-apa pun, plot utama game ini telahpun tersebar luas di Internet. Sesetengah pembaca yang sudah membacanya, mula merasa kekecewaan kerana tidak berpuas hati dengan kisah yang disajikan dalam sekuel ini.

The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 19 Jun ini, eksklusif untuk PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
10 Perkara Tentang Assassin's Creed Valhalla - Trailer, Waktu Pelancaran, Hidden Blade, Screenshots

Pengarah Assassin’s Creed Valhalla Jawab Kegusaran Persamaan Dengan God of War

Dengan 1.2 Juta, Soloz Catat 'Malaysia Book of Records' Sebagai Atlet Esports Paling Ramai Pengikut Di Facebook

Dengan 1.2 Juta, Soloz Catat ‘Malaysia Book of Records’ Sebagai Atlet Esports Paling Ramai Pengikut Di Facebook