in , , , , ,

Jalan Cerita Game Dying Light 2 Akan Berubah Mengikut Pilihan Korang!

Game menggabungkan zombie dan parkour ini kembali dengan penceritaan lebih fleksibel.

“Setiap keputusan yang dibuat di dalam Dying Light 2 akan mempengaruhi bagaimana korang bermain game ini nanti,” kata Chris Avellone, penulis narratif di Techland yang pernah menulis Star Wars: Knights of the Old Republic 2 dan Fallout 2.

Di dalam trailer demo di atas, korang boleh tengok bagaimana misi mendapatkan air untuk banda pasca apokalips zombie korang boleh berubah dengan pilihan yang berbeza.

Kalau korang rebel lebih, korang terpaksa menggunakan skill parkour korang untuk menjalankan tugas, kerana korang mula menjadi sasaran pasukan Peace Keepers non-playable character yang menjadi pengawal bandar korang.

Dying Light 2 akan hadir ke platform Xbox One, PC dan PS4. Tiada tarikh pelancaran diumumkan setakat ini.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Semua Berita, Pengumuman Dan Trailer Yang Diperlihatkan Di Sidang Media E3 Xbox

Xbox Game Pass: Servis Langganan Game Akan Lebih Pantas Dan Koleksi Game Yang Lebih Besar!