in , , , , , , ,

Jadual WitcherCon Didedahkan – Bual Bicara Bersama Henry Cavill, Penulis Siri TV, Pembangun Game, Banyak Lagi

Selepas memperlihatkan teaser trailer WitcherCon, Netflix dan CD Projekt Red telah mendedahkan pula jadual atau slot-slot yang disediakan untuk acara WitcherCon yang bakal berlangsung pada bulan hadapan.

Antara yang paling menarik adalah bual bicara bersama para pelakon dan penulis untuk siri drama terbitan Netflix, yang mana mereka akan berkongsikan perjalanan mereka membikin musim kedua. Antara panel dalam slot ini adalah Lauren Schmidt Hissrich, Anya Chalotra, Freya Allan, Mimî M Khayisa, dan Paul Bullion.

Kemudian ada pula perkongsian yang lebih memfokuskan kepada Yennefer dan Ciri — diceritakan sendiri oleh pelakon-pelakonnya, Anya Chalotra dan Freya Allan tentang evolusi kedua-dua watak ikonik itu.

Tentunya para pembangun CD Projekt Red tidak ketinggalan untuk mengisi beberapa slot khas. Mereka akan bercerita tentang bagaimana mereka telah membangunkan dunia imaginasi The Witcher sejak lebih 13 tahun yang lalu.

Selain itu, ada satu lagi slot istimewa di mana individu-individu penting dari kedua-dua siri Netflix dan game CD Projekt Red akan berentap dalam satu permainan kuiz santai untuk menguji siapakah antara mereka yang lebih arif dalam pengetahuan dunia The Witcher.

Satu lagi kandungan The Witcher yang amat dinantikan ramai adalah filem anime The Witcher: Nightmare of the Wolf. Studio Mir akan berkongsikan bagaimana mereka menadaptasi universe Witcher kepada bentuk animasi.

Satu slot yang mungkin paling dinantikan adalah temu bual bersama Henry Cavill, seorang peminat buku dan game The Witcher serta beliau sendiri yang menghidupkan watak Geralt of Rivia dalam siri Netflix. Lebih menarik, mereka mengacah yang Cavill mungkin ada mendedahkan sedikit kejutan dalam slot ini.

Di antara slot-slot utama ini, terdapat juga slot-slot lain di mana acara ini akan menyelitkan tentang GWENT: The Witcher Card, sejarah Kaer Morhen, game mobile The Witcher: Monster Slayer, patung mainan, komik, buku, dan board game baharu.

Semua acara dan slot ini akan disiarkan merentasi dua sesi siaran langsung — berikut adalah tarikh dan waktunya (waktu Malaysia):

  • Sesi pertama: 10 Julai 2021, 1 pagi.
  • Sesi kedua: 10 Julai 2021, 9 pagi.

Di bawah pula adalah dua channel Youtube yang akan bersiaran langsung acara ini:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Sekuel God of War Mula Diacah Secara Rasmi, Bakal Hadir Pada 2021

Gameplay God of War Seterusnya Dilaporkan Akan Diperlihatkan Dalam Acara PlayStation Akan Datang

GTA 6 Dilaporkan Guna Latar Belakang Vice City Yang Moden, Pelancaran Selewatnya 2025