in , ,

Jadikan Cita-Cita Menjadi Mobile Game Developer Suatu Kenyataan! Jom Bina Mobile Game!

Mulakan langkah korang menjadi seorang mobile game developer dengan menyertai Bengkel Bina Mobile Game anjuran SYSV Ventures ini.

SYSV Ventures adalah sebuah syarikat solusi IT tempatan yang menawarkan servis/perkhidmatan seperti Pembangunan Web & Mobile App, Bengkel Bina Game, Bengkel Bina App dan macam-macam lagi. Terkini, mereka membuka pendaftaran ke Bengkel Bina Mobile Game yang akan diadakan pada masa, hari dan lokasi berikut:

Tarikh: 18 Mac 2017
Masa: 9:00 Pagi – 5:00 Petang
Lokasi: Pusat Perdagangan Puchong Prima, Puchong, Selangor
[LRT Puchong Prima berada 200m dari lokasi]
Peta: https://goo.gl/maps/D7rsWZL3Z662

Kelas seharian ini sesuai bagi korang yang baru bermula belajar programming dengan modul yang 100% praktikal. Dengan panduan daripada tenaga pengajar berpengalaman dan modul berbahasa Melayu – korang akan menghasilkan sebuah game HTML yang siap dan berfungsi di platform mobile.

Menurut kertas cadangan yang dikongsi bersama JomGaming, mereka menggariskan modul-modul yang akan dipelajari sepanjang hari di bengkel ini nanti. Dari kelas asas pengenalan game, pembangunan aset-aset gaming seperti sprites dan audio, sehingga ke debugging dan deployment – bengkel ini akan memberi korang pendedahan kepada proses pembangunan sebuah mobile game. Sesuai bagi mereka yang berminat mempelajari proses dan aliran kerja dalam industri pembikinan game.

Antara game-game yang disenaraikan boleh korang jadikan sebagai rujukan untuk pembikinan game korang nanti adalah seperti Flappy Bird, Vector, Super Mario Run, Jetpack Joyride, Angry Bird, Piano Tiles, dan macam-macam lagi! Korang boleh tap/click link-link tersebut bagi menonton video gameplay dan trailer berkenaan.

Untuk menyertai bengkel ini, korang perlulah mendaftar awal sebelum 28 Februari 2017 untuk mendapatkan yuran Early Bird seperti berikut:

• RM 149.00 (untuk 1 orang)
• RM 299.00 (untuk 2 orang + PERCUMA seat untuk 1 orang)

Lagi best, yuran ini meliputi modul bengkel, makanan tengahari dan juga sijil penyertaan. Memang lengkap lah harga kursus ini.

Hanya datang bawak diri beserta smartphonecharger dan laptop dilengkapi pelayar web Google Chrome!

Nak Daftar Di Mana?

Untuk mendaftar, klik laman mereka di JoinKursus.com – buat pembayaran bank ke akaun mereka dan isikan e-borang yang tersedia. Untuk sebarang pertanyaan, SYSV Ventures boleh dihubungi menerusi Facebook Messenger atau Whatsapp (019.2424.588/019.991.7914). Mereka juga boleh ditemui di Instagram dan Twitter.

Daftar SEKARANG. Tempat terhad untuk 30 orang sahaja.

[su_box title=”Jom Bina Mobile Game!” box_color=”#ff0000″]2x Tiket ke Bengkel Bina Mobile Game. Hanya komen di post Facebook artikel ini:

‘1. Mobile game kegemaran korang.’
‘2. Idea menambahbaik mobile game kegemaran korang.’

2 komen terbaik akan mendapat tiket ke Bengkel Bina Mobile Game ini nanti![/su_box]

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
For Honor: Boleh Beli or Boleh Blah!?

For Honor: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Nioh Akan Menerima Misi Yang Lebih Mencabar Dan PvP