Ikuti sekali bersama Jack Sparrow dan geng Sora menyelamatkan dunia dari kuasa gelap. PS4 Kingdom Hearts 3 amat dashing dalam matte hitam.
Sebuah lagi trailer Kingdom Hearts 3 (KH3) ditunjukkan di pentas Sony E3 2018. Jack Sparrow menaiki Black Pearl menyelamatkan Sora yang berada di atas rakit dan berlawan bersama mereka.
Fuh, tak sangka karakter-karakter yang berada di dalam trailer tersebut lihat hampir sama dengan muka pelakon asal dari movie Pirates of the Carribean, termasuklah ekspresi mulut Captain Jack Sparrow semasa bersemuka dengan orang jahat.
Edisi PS4 Pro KH3 kali ni memang bergaya. Pre order dan dapatkan sekali game KH3 dan adik-adik nya sebelum ini.
- KINGDOM HEARTS HD 2.8 FINAL CHAPTER PROLOGUE
- KINGDOM HEARTS HD 1.5 +2.5 REMIX
- KINGDOM HEARTS 3 IMPOSSIBLE ODDS DYNAMIC THEME
Game KH3 boleh di pre order sekarang dan dapat dimainkan pada 29 Januari 2019. Terdapat 3 edisi dari Standard, Deluxe dan Bring Arts Bundle.
Edisi Deluxe juga ada untuk peminat yang suka akan collectibles berharga pada USD70/~RM279.26.
Bagi collectors yang lebih hardcore dan suka collect boleh juga mendapatkan edisi Bundle Bring Arts yang berharga USD230/~RM917.58 mengandungi 3 figurin dari Bring Arts tambahan dari apa yang didapati dari edisi Deluxe.
Comments
Loading…