in , , ,

J.K. Rowling Tidak Terlibat Secara Langsung Dengan Pembikinan Hogwarts Legacy

Salah satu game yang didedahkan semasa acara khas PS5 pada Khamis lalu yang meniti di bibir para peminat ialah Hogwarts Legacy — sebuah game RPG baharu berlatarbelakangkan universe Harry Potter, atau lebih dikenali sebagai Wizarding World.

Warner Bros., penerbit game ini, telah mengesahkan bahawa pencipta dan penulis asal siri Harry Potter, J.K. Rowling tidak akan terlibat secara langsung dalam pembangunan Hogwarts Legacy.

“J.K. Rowling tidak terlibat secara langsung dalam penciptaan game ini, walau bagaimanapun, isi penulisan beliau yang mengagumkan itu adalah asas kepada semua projek Wizarding World,” kata Warner Bros. dalam FAQ tentang Hogwarts Legacy. “Ini bukanlah kisah baharu daripada J.K. Rowling.”

Penulis tersohor itu pada tahun ini telah menjadi perbualan hangat apabila banyak memberikan komen negatif di Twitter kepada golongan penyokong LGBT, sehingga membuatkan ramai pendokong LGBT mula memboikot karya-karya beliau. Kenyataan Warner Bros. ini mungkin salah satu strategi mereka untuk meredakan peminat yang dibimbangi akan turut memboikot game ini.

Walau bagaimanapun, menurut Polygon, Rowling sudah tentunya akan mendapat keuntungan daripada hasil jualan game ini memandangkan beliau masih lagi menerima royalti daripada setiap projek Wizarding World yang dihasilkan.

Hogwarts Legacy akan dilancarkan pada tahun 2021 untuk PC, PS5, PS4, Xbox One, dan Xbox Series X/Series S

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Trailer Prolog Penuh Aksi Dan Gameplay Teknologi 'Braindance' Baru Cyberpunk 2077 Diperlihatkan

CD Projekt Red Keluarkan 2 Trailer Baru Cyberpunk 2077 – Berkenalan Dengan Geng-Geng Night City

Cyberpunk 2077 Keluarkan 3 Video Trailer Baru, Saksikan Lebih Aksi Karakter Keanu Reeves

Kisah Cyberpunk 2077 Lebih Pendek Daripada Witcher 3 Kerana Ramai Tak Pernah Habiskannya