It Takes Two, game action-adventure yang memfokuskan co-op antara dua pemain, kini telah melepasi satu pencapaian yang membanggakan selepas ia pertama kali dilancarkan pada Mac lalu.
Dalam satu tweet, Hazelight Studios telah mendedahkan bahawa It Takes Two kini telah terjual lebih daripada dua juta unit.
Mereka juga meluahkan rasa kagum terhadap kasih sayang yang para pemain semua curahkan kepada game itu dan kegembiraan mereka melihat begitu ramai peminat game co-op di luar sana.
Pengarah dan pengasas Hazelight, Josef Fares meraikan kejayaan ini dengan mengingatkan orang ramai bahawa apabial dua juta unit berjaya terjual, bermakna sekurang-kurangnya empat juta pemain telah bermain game ini. Bagi yang tidak tahu, It Takes Two merupakan sebuah game co-op yang hanya boleh dimainkan dengan dua pemain, tidak boleh lebih, tidak boleh kurang.
Sebelum ini, tepat sebulan selepas pelancaran, game ini berjaya mencatat satu juta unit jualan.
Dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!?, penulis mengatakan:
“Seandainya korang ingin mencari sebuah game co-op yang sungguh menghiburkan dan penuh aksi mendebarkan, dengan idea-idea menggila yang mampu membuatkan mulut ternganga, ditambah pula dengan mini game sampingan yang melucukan, It Takes Two adalah game BOLEH BELI. Korang dan pasangan/rakan co-op akan dibawa ke satu alam fantasi bermula dari bilik tidur, stor, taman di hadapan rumah, bawah tanah, sehinggalah ke angkasa yang amat menyeronokkan.”
It Takes Two kini boleh dimainkan di PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series.
Comments
Loading…