in ,

Isu Tanda Dagangan The Day Before Bertambah Buruk Kerana Aplikasi Kalendar

Isu tanda dagangan The Day Before yang sedang menghantui Fntastic menjadi bertambah buruk kerana aplikasi kalendar.

Pada bulan lepas, pembangun Fnatic mengumumkan The Day Before ditunda dari Mac ke November kerana isu tanda dagangan antara pembangun dan pihak ketiga.

Kini, Fnatic mendedahkan bahawa pihak ketiga yang terlibat dalam isu tanda dagangan merupakan pembangun kepada aplikasi kalendar yang mahu mengambil alih nama game itu.

Isu ini telah mengakibatkan Fnatic bukan sahaja terpaksa menurunkan video di channel YouTube rasmi, tapi juga dinyah senarai dari platform Steam kerana pelanggaran hak cipta.

Fnatic berjanji akan berlawan mengenai isu tanda dagangan ini dengan pemilik aplikasi kalendar itu. Namun, maklum balas pemain di akaun Twitter rasmi mengenai isu ini mempunyai pandangan yang berbeza.

Ramai yang memanggil isu ini untuk mengalihkan perhatian umum dari game. Ada juga yang berfikir kenapa pembangun tidak menukar tajuk game kepada ‘The Day After’.

Pandangan umum tidak menunjukkan sebarang positif kerana para pemain sudah hilang sabar untuk menunggu. Malah trailer gameplay yang didedahkan baru-baru ini juga pemain memanggilnya ‘bosan’ dan ‘teruk’.

Nampaknya pemain terpaksa menunggu lebih lama sehingga isu ini dapat diselesaikan. Tapi adakah Fnatic akan berjaya memenangi kes ini? Sama-sama kita nantikan.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

EA, Premier League Semakin Hampir Tandatangan Perjanjian Bernilai RM2.5 Bilion

Wireless Earbuds Untuk PS5 Dilaporkan Sedang Dibangunkan Oleh Sony – Digelar ‘Project Nomad’