Sejak beberapa tahun yang lepas, game FPS retro telah kembali ke pentas industri video game seperti Dusk, Amid Evil dan Project Warlock. Ion Fury juga tidak melepaskan peluang mahu berdiri di samping game-game FPS retro alaf baru.

Seperti Dusk yang menjadikan game seperti Quake sebagai inspirasinya, Ion Fury menjadikan game Shadow Warrior, Duke Nukem 3D dan Blood sebagai inspirasi dalam menghasilkan game ini. Ion Fury ialah game first-person shooter yang dibangunkan oleh Voidpoint dan diterbitkan oleh 3D Realms untuk platform PC buat masa ini, manakala untuk platform konsol PS4, Xbox One dan Nintendo Switch akan dikeluarkan nanti.

Plot

Ion Fury merupakan game prekuel kepada game Bombshell yang telah dikeluarkan pada tahun 2016. Pemain akan bermain sebagai karakter Shelly “Bombshell” Harrison, seorang pakar pemusnah bom di agensi Global Defense Force. Shelly perlu mengalahkan Dr. Jadus Heskel, seorang ketua kultus transhumanis yang telah melepaskan bala tentera bioniknya untuk membuat kemusnahan di bandar futuristik Neo D.C.

Ion Fury tidak menekankan plot yang mendalam, cukup sekadar plot yang ringkas dan mudah difahami oleh pemain, sama seperti kebanyakan game FPS retro pada era 90-an. Malah, pemain tidak perlu untuk bermain game BombShell (2016) untuk mengetahui kesinambungannya. Ini kerana plot dalam Ion Fury adalah cerita yang bergerak dengan sendirinya.

Gameplay

Kekuatan Ion Fury terletak pada gameplay, pada awal permainan, pemain boleh pilih empat tahap difficulty iaitu First Blood, Wanton Carnage (merujuk kepada Wanton Destruction dalam Shadow Warrior), Ultra Viscera (Ultra Violence dalam DOOM) dan Maximum Fury. Untuk pemain baru, disarankan bermain pada tahap First Blood atau Wanton Carnage. Kalau mahukan cabaran yang lebih, pilih Ultra Viscera. Maximum Fury untuk mereka yang mahukan cabaran ekstrem.

Pemain boleh tunduk, lompat, dan berlari pada kelajuan maksimum sepanjang masa, berenang untuk beberapa minit dan boleh membawa kesemua senjata. Terdapat 7 bab atau zon yang mana setiap zon itu dibahagikan dalam beberapa kawasan yang merangkumi kawasan bandar, bangunan tinggi, kawasan pembentungan, hutan dan bawah tanah. Setiap zon ini menyediakan kawasan yang luas dan juga sempit.

Terdapat lapan buah senjata yang boleh dibawa oleh pemain. Electrifryer ialah senjata melee baton elektrik yang boleh stun musuh untuk beberapa minit, Loverboy ialah sepucuk pistol revolver, Dispenser, Penetrator ialah sejenis submesingan yang boleh membakar musuh hidup-hidup, Chaingun, Bowling Bomb, Ion Bow dan Clusterpuck.

Setiap senjata mempunyai secondary fire seperti Penetrator yang boleh di dual-wield, Dispenser yang boleh ditukar dari shotgun ke pelancar grenad dan Ion Bow yang boleh lepaskan empat anak panah dalam satu tembakan. Senjata-senjata ini juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Contohnya seperti Penetrator mempunyai fire rate dan damage yang tinggi tapi boleh cepat habis peluru, Bowling Bomb kurang efektif digunakan jika musuh berada di posisi lebih tinggi dari pemain dan Clusterpuck tidak boleh digunakan dalam tempat sempit.

Antara kelapan-lapan senjata, penulis suka menggunakan Loverboy kerana secondary fire-nya boleh mengunci lebih daripada tiga sasaran untuk dapatkan tembakan headshot dan Bowling Bomb yang juga boleh mengunci sasaran apabila dibaling. Secara keseluruhan setiap senjata adalah seimbang dan seronok untuk digunakan.

Musuh dalam Ion Fury juga pelbagai, dari segi reka bentuk dan paten serangan. Dari askar biasa yang menggunakan shotgun dan pelancar grenad sehinggalah ke manusia bionik yang menggunakan serangan kuat dan sukar untuk dielakkan. Setiap dari mereka mempunyai paten serangan yang berbeza. Juga pergerakan projektil dalam game bergerak dengan pantas, di sini pergerakan pemain yang laju memainkan peranan penting dalam mengelak serangan musuh.

Selain senjata, pemain juga membawa medkits untuk pulihkan nyawa dan radar yang mana boleh digunakan untuk mengesan musuh selama beberapa minit. Nyawa pemain tidak akan pulih dengan sendiri, sebaliknya pemain perlu mencari medkits atau makanan atau minuman yang mana nyawa boleh ditingkatkan lebih dari 100% selama beberapa saat. Armor juga terbahagi kepada tiga jenis, armor 50%, armor 100% dan armor 200%, kekuatan armor juga boleh ditambah dengan mencari armor fragments yang mana boleh ditingkatkan sehingga 249%.

Power-ups juga disediakan kepada pemain seperti booster boots yang membolehkan pemain double jump, infinite bowling bomb, sut yang boleh digunakan untuk menyelam lebih lama dan damage multipler yang menambah kekuatan serangan pada setiap senjata pemain.

Apa yang menarik tentang Ion Fury adalah level design, setiap map dicipta untuk mempunyai lebih dari satu laluan yang mana pemain boleh pilih untuk melakukan serangan hendap ke atas musuh. Sesetengah map juga mempunyai reka bentuk yang luas dan berlapis-lapis di mana laluan-laluan rahsia itu akan menghubungkan ke kawasan lain. Pemain juga pergi kembali ke zon-zon lalu dalam sesetengah map. Jadi, penerokaan sangat penting dalam game ini demi mencari ammo dan health serta mencari jalan pintas.

Untuk menguatkan lagi rasa penerokaan itu, Ion Fury menambah secrets yang mana pemain boleh cari dalam setiap zon. Setiap zon mempunyai lima sehingga 12 atau lebih secrets yang boleh dicari. Dan sesetengah secrets ini disorok di kawasan yang sukar dicapai dan tidak dijangka oleh pemain. Jadi untuk pemain completionist, ini adalah cabaran untuk korang.

Ion Fury juga memuatkan banyak references dari filem dan video game era 80-an dan 90-an seperti “Like Tears in Rain” dari Blade Runner, “Let of some steam Bennet” dari filem Commando, Thy Flesh Consumed dari game DOOM, Who Wants Some Wang dari game Shadow Warrior dan banyak lagi.

Selain mode campaign, mode bonus mission juga disediakan seperti Crisis in Columbia yang mana ia adalah misi gameplay dari versi demo, Queen of the Hill ialah mode survival stage yang mana pemain perlu bertahan selama yang boleh dari serangan musuh dan Bombardier Trial ialah game mode yang mana pemain diberikan jumlah tidak terhad bom untuk menyelesaikan misi yang sama dari versi demo dalam Crisis of Columbia.

Walaupun bonus mission memberikan keseronokan kepada penulis, tapi tak lama. Ini kerana map yang disediakan adalah membosankan, map dari mode campaign lebih menyeronokkan. Kalau Voidpoint menambah mode co-op juga bagus kerana game ini sesuai dimainkan 2 atau 4 pemain.

Grafik

Untuk sebuah game yang menggunakan enjin berumur lebih dari 20 tahun adalah sesuatu yang menakjubkan. Ion Fury menggunakan enjin Bulid ciptaan Ken Silverman, namun enjin Bulid yang digunakan dalam Ion Fury ini adalah versi yang dipertingkatkan iaitu EDuke32 yang mana membolehkan ia menyokong sistem operasi moden.

Dengan enjin yang dipertingkatkan, Voidpoint mampu menghasilkan map dua kali ganda lebih besar daripada game-game 3D Realms dahulu seperti Duke Nukem 3D dan Shadow Warrior. Animation sprites yang lebih berkualiti dan beresolusi tinggi, peningkatan kualti dari segi efek cahaya, letupan, sinaran api dan air. Malah, mereka mampu menghasilkan sprites yang hampir menyamai 3D pada setiap senjata, tapi masih mengekalkan cirinya iaitu 2.5D. Setiap barang seperti cawan, suis lampu dan lain-lain boleh digerakkan dan dihidupkan oleh pemain, memberikan penekanan kepada interaktiviti.

Dari segi settings, game ini menyediakan HUD setup, video mode yang mana pemain boleh ubah suai renderer, fps dan framerate, menyediakan FOV slider dan juga menyediakan sokongan gamepad. Jika korang mempunyai processor 64-bit Intel, AMD CPU dan Intel Core i5, memori 1024 RAM atau 2048 RAM, grafik kad 512 MB, 1024 MB atau Nvidia dan lain-lain serta saiz storan 100 MB — korang dah boleh main game ini.

Muzik, efek bunyi & suara

Pada mulanya penulis ingat muzik Ion Fury digubah oleh Andrew Hulshult kerana boleh dikatakan setiap game FPS retro yang baru keluar mesti lagu digubah oleh beliau. Tapi ternyata tanggapan penulis salah kerana muzik Ion Fury digubah oleh Jarkko Rotsten, seorang komposer dari Finland. Gabungan rima techno dan synth bersesuaian dengan tema Ion Fury yang mengetengahkan futuristik dan cyberpunk. Setiap rentak yang dihasilkan oleh Jarkko mempunyai elemen funky, heroic, misteri dan serius. Ala-ala seperti rentak muzik dari filem Blade Runner (1982).

Efek bunyi Ion Fury juga bagus terutamanya bunyi letupan ini kerana enjin Bulid terkenal dengan bunyi letupan yang kasar, kuat dan ikonik. Jadi, Ion Fury mengikuti jejak langkah sama. Bunyi setiap senjata juga bagus, tapi mungkin bunyi senjata Dispenser boleh diperkuatkan lagi supaya bunyinya nampak lebih garang seperti shotgun game-game 3D Realms dahulu. Secara keseluruhan, efek bunyinya bagus.

Lakonan suara Shelly oleh Valerie Arem bagus dalam mempersembahkan watak Shelly Harrison sebagai seorang protagonis yang kuat dan kental, walaupun banyak dialog yang dipertuturkan olehnya adalah dialog dari filem dan video game era 80-an dan 90-an. Suara Dr. Jadus Heskel oleh Jon St. John (pelakon suara asal Duke Nukem) juga memberikan persembahan baik walaupun dia hanya muncul di skrin sahaja dan tidak pernah bersemuka dengan pemain.

Jika korang peminat game FPS retro seperti DOOM, Quake, Shadow Warrior, Blood, Duke Nukem 3D dan banyak lagi game FPS pada era 90-an, korang patut dapatkan game Ion Fury.

BOLEH BELI

+ Gameplay yang best
+ Muzik tehno dan synth yang awesome
+ Level design yang memang dope
+ Sesuai bagi peminat yang dahagakan FPS retro

BOLEH BLAH

Bonus mission yang agak malas dan membosankan
Kekurangan seperti mode co-op

JomKomen!