Teringin menjadi agen seperti Tom Cruise di dalam cerita Mission Impossible? Menyelinap masuk seperti ninja ke dalam kubu musuh?
Jom kita usha Invisible Inc. game dari developer Klei Entertainment ini akan berada di pasaran pada 19 April 2016.
Game bergenrekan turn-based tactics/stealth ini hanya boleh dimainkan sebagai single player mode sahaja pada konsol PlayStation 4 dan juga PC.
Game dari developer Canada dan juga diinspirasikan dari game X-COM ini memerlukan korang mengawal bukan satu tetapi dua agen di dalam satu masa. Korang perlu menyelinap masuk ke dalam ibu pejabat musuh, elakkan diri korang dari dikesan oleh musuh, dan gunakan segala strategi untuk menumpaskan musuh tanpa dikesan.
Setiap agen juga diberikan skill yang boleh diunlock, dan skill-skill ini amat diperlukan kerana setiap kali korang melangkah ke level seterusnya, kawalan musuh dan alarm yang semakin sukar dan ketat. Korang boleh hack CCTV, bukak peti keselamatan dan juga membuka pintu yang terkunci hanya menggunakan skill dan juga gadget korang.
Jom kita layan trailer Invisible Inc ni :
Fuh game turn-based tactics ni betul-betul menarik, mungkin penulis akan beli! Korang pula macam mana? Berminat? So korang tau apa nak buat, 19 April dan dekat je ni.
ADIOS!!
Comments
Loading…