in , , , ,

Integrasi Perbualan Suara PlayStation-Discord Dilaporkan Akan Tiba Beberapa Bulan Lagi

Integrasi sepenuhnya termasuk sistem perbualan suara antara PlayStation dan Discord dilaporkan akan dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Laporan terbaharu ini hadir daripada wartawan tersohor Tom Henderson yang melaporkannya di Exputer.

Integrasi ini dikatakan akan dilancarkan dalam kemaskini sistem PS5 versi 7.00, di mana versi 6.00 dikhabarkan akan dilancarkan sekitar pertengahan September.

Walaupun tidak menyatakan secara tepat bilakah tarikh integrasi ini akan dilancarkan, ia dijangka akan hadir pada hujung tahun ini, selari dengan janji Sony tahun lalu yang mengatakan integrasi ini akan berlaku pada “tahun depan”.

Henderson mengatakan info terbaharu ini diterima daripada sumber yang sama tentang khabar “controller Pro”, di mana laporan itu telah muncul sebelum Sony mengumumkannya secara rasmi beberapa hari lalu.

Para pemain PlayStation sememangnya sudah menantikan fungsi ini sejak Sony dan Discord mengumumkan kerjasama pada tahun lalu. Februari lalu, integrasi kecil antara PlayStation dan Discord telah dilancarkan, di mana pemain PlayStation boleh memaparkan game apakah yang mereka sedang main di profil Discord.

Apa yang menarik adalah walaupun Sony dan Discord yang menjalin kerjasama, namun Xbox yang mendapat integrasi perbualan suara terlebih dulu, iaitu pada bulan lalu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Horizon Forbidden West Disasarkan Pelancarannya Pada 2021, Tiada Skrin Loading

Siri Horizon Zero Dawn Di Netflix Akan Diterajui Pencipta Umbrella Academy, Aloy Sebagai Watak Utama

The Finals: Game Shooter Penuh Destructions Yang Sedang Dibangunkan Bekas Pembangun Battlefield