in , , ,

Insomniac Mengacah Game Baru Mereka Akan Datang Melalui Satu “Tweet” Dalam Game Spider-Man?

Game baru akan datang? Marvel’s Spider-Man 2? Atau game lain?

Kalau korang dah mula mainkan Marvel’s Spider-Man yang dibangunkan oleh Insomniac Games, pasti korang dah tahu yang dalam game ini, ada dunia media sosialnya yang tersendiri, seakan-akan Twitter.

Apa yang menarik tentang satu “tweet” yang dikeluarkan dalam game tersebut, ia menanyakan “hey kamu dah dengar yang insomniacgames akan umumkan satu game baru pada minggu hadapan?”

Sekiranya benar Insomniac telah mengacah game baru mereka akan datang dalam game Marvel’s Spider-Man ini, bilakah “minggu hadapan” yang akan diumumkan itu? Apa pula sebenarnya game yang akan diumumkan?

Semua masih menjadi tanda tanya, dan apa yang kita boleh buat sekarang hanyalah menunggu sama ada “tweet” tersebut adalah benar atau hanya rekaan semata-mata dalam game.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini 10 Pemain Dengan Rating Paling Tinggi Dalam FIFA 19

Teringin Nak Beli ROG Phone? Sediakan Wang Sekitar RM3,600!