Eksklusif sebenar-benarnya.
Game-game yang bersifat eksklusif untuk satu-satu platfrom itu adalah antara cara pemasaran yang dilakukan untuk menarik gamers bermain di platform tersebut.
Terdapat beberapa game yang sememangnya eksklusif penuh untuk platform tersebut, dan ada juga eksklusif untuk beberapa waktu sahaja (timed-exclusive), yang mana ia mungkin dikeluarkan ke platform pesaing dalam masa setahun atau beberapa bulan akan datang. Contoh terdekat untuk game yang seumpama ini ialah Rise of the Tomb Raider, di mana ia mulanya dikeluarkan di Xbox One dan kemudian tiba ke PS4 selepas kira-kira 11 bulan.
Terbaru, para peminat kini tertanya, apakah game yang sangat dinanti-nantikan pada tahun ini, Marvel’s Spider-Man juga adalah timed-exclusive? Apakah ia akan keluar ke PS4 terlebih dahulu dan kemudian ke Xbox One pula?
Ia nampaknya sama sekali tidak. Insomniac Games telah mengesahkan melalui laman Twitter mereka, menyatakan yang game ini tidak akan keluar ke Xbox One.
Akaun tersebut menjawab pertanyaan oleh seorang peminat, menanyakan “berapa lama ia akan ambil untuk keluar ke Xbox?”, dan Insomniac menjawab, “tidak akan”.
never
— Insomniac Games (@insomniacgames) April 4, 2018
Minggu lalu, game ini baru sahaja mengumumkan tarikh pelancarannya, iaitu pada 7 September 2018, eksklusif untuk PS4.
JomBaca: Marvel’s Spider-Man Bakal Keluar Pada September 2018 – Ini 13 Info Menarik Terbaru!
Comments
Loading…