Beberapa hari lalu, kita telah dikejutkan dengan satu post di Reddit yang mendakwa bahawa grafik game Marvel’s Spider-Man mempunyai “downgrade” apabila dibandingkan antara apa yang dipaparkan semasa E3 2018 dengan grafik versi yang telah dilancarkan.
Jika ia adalah game lain, mungkin ia tidak menjadi sekecoh ini. Tetapi, ini adalah game eksklusif dari Sony, yang mana game keluaran mereka sentiasa terkenal dengan membawakan grafik yang cukup mantap.
Gambar perbandingan yang dimuatnaik itu, yang korang boleh saksikan di bawah, memperlihatkan yang grafiknya mengalami penurunan kualiti yang agak ketara, terutamanya jika dilihat kepada kawasan lopak air.
Walau bagaimanapun, Insomniac Games, pembangun game ini, telah tampil ke hadapan dan memberikan respon kepada dakwaan ini.
Dalam satu tweet balas, Insomniac menyatakan yang tiada sebarang downgrade dilakukan terhadap grafik game ini. Apa yang kita nampak dalam perbandingan gambar tersebut hanyalah saiz ruang lopak air yang dikecilkan sahaja, bukan grafiknya.
It’s just a change in the puddle size, there’s no downgrade at all
— Insomniac Games (@insomniacgames) August 20, 2018
Apa pula pandangan mata korang? Adakah ada downgrade terhadap game ini sebenarnya ataupun tidak?
Marvel’s Spider-Man akan dilancarkan secara eksklusif di PS4 pada 7 September.