in , , ,

Injustice 2: Bilangan Karakter Lebih Ramai Daripada Mortal Kombat X!

Injustice 2 mula mendapat perhatian ramai selepas pengumuman Robin dan sesi beta testing yang berlangsung.

Menyedari populariti Injustice 2, NetherRealm mengumumkan beberapa info menarik berkenaan fighting game kedua dari francais Injustice ini.

Karakter

NetherRealm memaklumkan bahawa roster karakter Injustice 2 adalah teramai diantara fighting game NetherRealm yang lain termasuk Mortal Kombat X. Walaupun roster akhir belum diumumkan, karakter-karakter yang pasti bagi Injustice 2 adalah seperti berikut:

Aquaman
Atrocitus
Bane
Batman
Blue Beetle
Brainiac
Darkseid (DLC)
Deadshot
Flash
Gorilla Grodd
Green Lantern
Harley Quinn
Poison Ivy
Robin
Supergirl
Superman
Wonder Woman

Adakah roster Injustice 1 akan kembali kesemuanya?

Karakter-karakter DLC juga akan diberi perhatian, terutamanya bagi karakter-karakter dari Injustice 1 dan juga dari DC Universe yang kurang dikenali. Antara yang disebut-sebut adalah:

Green Arrow
Black Canary
Black Adam
Scarecrow
Doctor Fate
Mr. Freeze
Catwoman
Cyborg
Joker

Dua karakter DLC yang diumumkan juga adalah Sub-Zero daripada francais Mortal Kombat dan Spawn!

Selain itu terdapat skin alternate bagi karakter-karakter yang akan merubah suara dan dialog seperti skin John Stewart Green Lantern, skin Power Girl bagi Super Girl dan skin Reverse-Flash bagi Flash.

Gear System

Gear dan costume akan diberikan secara rawak, setiap gear dan costume akan mempunyai statistik dan attributes tersendiri yang akan memberi combo string ataupun special move yang lebih banyak. Kononnya korang takkan menemui gear atau costume dengan stats yang sama.

Menurut NetherRealm, gear dan costume ini tidak akan dijual sebagai DLC – tetapi adakah ianya akan dijual dalam bentuk microtransaction masih belum diumumkan.

Bagi pertandingan profesional, akan ada ‘tournament mode’ yang akan mematikan statistik dan attribute gear dan costume. Apabila bermain online, korang boleh memilih untuk melawan gamers yang memakai gears ataupun tidak.

Injustice 2 dijangka akan diterbitkan 16 Mei ini di platform PlayStation 4 dan Xbox One – tiada pengumuman bagi platform PC lagi. Beberapa edisi game ini telah diumumkan dan jika korang pre-order, korang akan mendapat Darkseid sebagai karakter DLC.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kembali Ke Dunia Resident Evil 7 Dengan DLC Terbaru!

John Wick Chronicles: Mengamuk Sebagai John Wick Di Dalam VR!