in , , , , ,

Ini Video Perbandingan Grafik Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition, Dilancarkan 11 November

Rockstar Games telah berkongsikan butiran lanjut untuk trilogi remastered untuk tiga game GTA klasik.

Pertama sekali, Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition — yang mengumpulkan Grand Theft Auto III, Grand Theft Auto: Vice City, and Grand Theft Auto: San Andreas — akan dilancarkan pada 11 November 2021 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, dan PC (Rockstar Games Launcher).

Rockstar turut mengesahkan yang trilogi ini akan memperkenalkan banyak penambahbaikan butang kawalan yang lebih moden seperti sasaran menembak lock-on, pertukaran senjata dan stesen radio yang dikemaskini, mini map yang dikemaskini dengan waypoint ke destinasi, tambahbaik Achievement/Trophy dan banyak lagi.

Terdapat juga kawalan-kawalan khas untuk Nintendo Switch seperti sasaran menggunakan gyro serta menggunakan touchscreen untuk seleksi menu, kamera zoom dan lain-lain.

Tentunya, remastered ini akan membawakan grafik yang lebih cantik, dalam masa sama mengekalkan grafiknya yang tetap kelihatan klasik.

Berikut ialah video perbandingan grafik yang ditampilkan dalam trilogi ini dengan versi asalnya:

Selain itu, ada berita baik juga untuk pelanggan Xbox Game Pass dan PlayStation Now.

Grand Theft Auto: San Andreas – The Definitive Edition akan dimasukkan ke dalam Xbox Game Pass bermula 11 November.

Grand Theft Auto III – The Definitive Edition pula akan dimasukkan ke dalam PlayStation Now bermula 7 Disember.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
PlayStation State of Play Akan Diadakan Pada Jumaat Pagi Ini, Tiada Berita PS5

PlayStation State of Play Seterusnya Berlangsung Minggu Depan – Fokus Game Pihak Ketiga

CD Projekt Ambil-Alih Studio The Molasses Flood, Sedang Bikin ‘Projek Besar’ Dari Francais CD Projekt