in , , ,

Ini Trailer Terakhir Filem Uncharted Sebelum Mula Masuk Panggung Bulan Depan

Kurang daripada tiga minggu lagi, kita bakal menyaksikan live-action filem Uncharted buat julung kalinya.

Bagi menggembar-gemburkan lagi filem adaptasi ini, Sony Pictures telah mengeluarkan trailer ketiga dan terakhirnya, sebelum ia mula masuk panggung wayang pada bulan hadapan.

Jom layan trailer yang berdurasi 1:30 minit ini:

Filem Uncharted diarahkan oleh Ruben Fleischer. Antara arahan yang mengangkat nama Fleischer ialah filem Zombieland dan Venom.

Melalui kerjasama bersama Sony Pictures Entertainment, PlayStation Productions, dan Naughty Dog, filem ini dibintangi Tom Holland sebagai Nathan Drake yang muda dan Mark Wahlberg sebagai Sully, selain turut menampilkan Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle.

Filem Uncharted akan mula ditayangkan di pawagam tempatan pada 17 Februari 2022. Selepas tamat tayangan di pawagam, ia akan masuk ke Netflix, melalui satu perjanjian yang telah ditandatangani.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gameplay Prototaip Boba Fett Dalam Game Star Wars 1313 Yang Dibatalkan Kini Tersebar

Kedai Game Di Perancis Mula Beri Peringatan: “Microsoft Dah Beli Activision, Pilih Konsol Dengan Hati-Hati”