Nampaknya khabar angin beberapa hari lalu adalah sahih.
EA dan DICE akhirnya telah mengumumkan Battlefield 2042 dengan trailer sinematik penuh memukau yang berdurasi 5 minit. Ia mengesahkan segala ura-ura sebelum ini — latar belakang masa hadapan terdekat (near future), latar masa antara Battlefield 1942 dengan Battlefield 2142, 128 pemain untuk konsol generasi terkini serta trailer yang penuh dengan momen-momen ‘Only in Battlefield’.
Jom layan:
Gameplay penuh akan akan diperlihatkan pada 13 Jun ini.
Battlefield 2042 akan dilancarkan pada 22 Oktober 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4 dan Xbox One.
Comments
Loading…