Dua minggu lalu, satu filem animasi Mortal Kombat telah diumumkan, dan terbaru, trailer pertamanya telah diperlihatkan.
Daripada trailer yang dapat kita tonton di bawah, seperti yang tertera melalui judulnya, filem animasi ini nampaknya akan memfokuskan kepada kisah Hanzo Hasashi, ninja yang kemudiannya bertukar menjadi Scorpion. Hanzo akan membalas dendam terhadap orang yang telah membunuhnya, iaitu Sub-Zero.
Dan semestinya, animasi ini akan menyajikan penonton dengan kejohanan Mortal Kombat, membawakan pendekar dari seluruh pelusuk dunia untuk berentap sesama mereka.
Jom layan:
Walaupun trailer di atas telah direndahkan tonnya, produk akhirnya nanti akan menyajikan unsur ganas yang menjadi jenama Mortal Kombat sejak sekian lama, dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Mortal Kombat Legends: Scorpion’s Revenge akan dikeluarkan dalam bentuk DVD, Blu-ray dan secara digital sekitar tahun ini, tetapi masih belum ada tarikh tepat pelancaran.
Comments
Loading…