in , ,

Ini Trailer Penuh Terakhir The Witcher Musim 2 Sebelum Ditayang Di Netflix Disember Ini

Pejam celik pejam celik, kita sudah menghampiri kurang daripada dua bulan sebelum musim kedua The Witcher akan mula ditayangkan di Netflix.

Terbaharu, Netflix telah memperlihatkan satu lagi trailer, yang mana ini dijangka adalah trailer penuh terakhir sebelum ia mula distrim penghujung tahun ini.

Trailer kali ini memperlihatkan lebih aksi, dengan Geralt kelihatan menggunakan lebih banyak magik untuk bertempur dengan bermacam jenis raksasa. Kita dapat lihat juga bagaimana Continent kini sudah semakin huru-hara dengan peperangan tercetus di merata tempat.

Jom layan:

Poster terbaharu juga telah dikeluarkan, menampilkan tiga watak utamanya, Geralt, Ciri dan Yennefer dalam mood penuh tegang:

The Witcher musim kedua akan mula ditayangkan pada 17 Disember 2021 di Netflix.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kerajaan Kini Kategorikan Sukan Dron Dalam Industri Esports, Bajet 2022 Bersama RM20 Juta

Assassin’s Creed Infinity Bukan Game Percuma, Bawa Pelbagai Elemen Kegemaran Peminat, Kata CEO Ubisoft