in , , , ,

Ini Trailer Multiplayer Call of Duty: Vanguard – Aksi Penuh Pantas Era Perang Dunia Kedua

Menjelang kurang dua bulan sebelum pelancaran, Activision telah memperlihatkan trailer yang memfokuskan multiplayer untuk Call of Duty: Vanguard.

Dalam video ini, ia memaparkan aksi penuh pantas dengan latar belakang, senjata dan gajet semasa era Perang Dunia Kedua. Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Activision sekali lagi mengingatkan tentang terdapat 20 map pada hari pertama pelancaran.

Selain itu, Vanguard akan memperkenalkan Combat Pacing System dalam multiplayer. Para pemain dibenarkan untuk memilih intensiti sesebuah perlawanan. Bilangan pemain akan ditentukan berdasarkan saiz map.

Terdapat tiga jenis perlawanan dalam Combat Pacing System, iaitu:

  • Tactical – Pengalaman klasik 6v6.
  • Assault – Satu perlawanan yang seimbang, memberikan para pemain ruang yang cukup untuk bernafas dan banyak sasaran untuk menembak. Dalam beta kelak, bilangan pemain akan berbeza antara 20-48 pemain.
  • Blitz – Lobi penuh aksi di mana intensiti akan dipadatkan.

Di samping itu, tentunya ada mode-mode tradisional lain seperti, Team Deathmatch, Kill Confirmed, Domination, Search & Destroy dan lain-lain, serta satu mode baharu digelar Champion Hill seumpama battle royale (1v1, 2v2, 3v3).

Call of Duty: Vanguard akan dilancarkan pada 5 November 2021 untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gameplay eFootball Mula Tertiris – Korang Lihat Dan Nilaikan Sendiri

8 Game Ini Diumumkan Sebagai Acara Pingat Dalam Sukan Asia 2022 Di Hangzhou, China