in , ,

Ini Trailer Kedua Filem Uncharted – Bergembiralah, Sully Dah Ada Misai!

Ia mungkin kedengaran aneh tapi ramai peminat yang melemparkan kemarahan apabila Sully dalam trailer penuh pertama filem Uncharted kerana tidak mempunyai misai ikoniknya itu.

Maka kini bergembiralah kerana Sony Pictures telah mengeluarkan trailer penuh kedua filem adaptasi tersebut — dan Sully ada misai!

Melihat daripada apa yang disajikan dalam trailer buat masa ini, awal pengenalan Nate dan Sully mungkin pada ketika Sully belum lagi membela misainya kerana di akhir trailer tersebut, Nate kelihatan terkejut, dan tertawa sedikit, melihat Sully yang kini sudah mempunyai misai.

Jom saksikan:

Filem Uncharted diarahkan oleh Ruben Fleischer. Antara arahan yang mengangkat nama Fleischer ialah filem Zombieland dan Venom.

Melalui kerjasama bersama Sony Pictures Entertainment, PlayStation Productions, dan Naughty Dog, filem ini dibintangi Tom Holland sebagai Nathan Drake yang muda dan Mark Wahlberg sebagai Sully, selain turut menampilkan Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle.

Filem Uncharted akan ditayangkan di pawagam pada 18 Februari 2022. Selepas tamat tayangan di pawagam, ia akan masuk ke Netflix, melalui satu perjanjian yang telah ditandatangani.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Horizon Forbidden West Kongsi 5 Screenshot Baharu Yang Akan Buat Korang Ternganga

10 Berita Gaming Paling Hangat Dibualkan Pembaca JomGaming Sepanjang 2021