in , , , ,

Ini Trailer Gameplay Star Wars Squadrons – Simulator Kapal Perang Star Wars Yang Sebenar

Bercita-cita ingin menjadi juruterbang dalam dunia Star Wars melalui sebuah game simulator pengawalan kapal perang yang sebenar? Impian korang ini bakal tercapai.

Seperti dijanjikan, EA Motive telah memperlihatkan gameplay pertama Star Wars Squadrons melalui satu trailer terbaharu semasa EA Play Live yang berlangsung tadi.

Dalam video ini, mereka telah memperkenal dan memperlihatkan lebih mendalam tentang apakah yang bakal disajikan dalam game ini — antaranya gameplay dari cockpit melalui pandangan first-person, single-player, mode-mode online multplayer, jenis-jenis kapal perang angkasa, customizations, sistem progression, dan beberapa perkara lain.

Jom layan:

Star Wars Squadrons akan dilancarkan pada 2 Oktober 2020 untuk PC (Origin, Steam, Epic Games Store), PS4, dan Xbox One serta sokongan VR di PS4 dan PC, bersama-sama dengan fungsi cross-play antara kesemua platform ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Game Baharu Dari Pembangun A Way Out Berjudul It Takes Two - Co-Op Aksi Platformer

Game Baharu Dari Pembangun A Way Out Berjudul It Takes Two – Co-Op Aksi Platformer

Beli FIFA 21 Di PS4, Dapat Naiktaraf Percuma Ke PS5 - Akan Dilancarkan Pada Oktober

Beli FIFA 21 Di PS4, Dapat Naiktaraf Percuma Ke PS5 – Akan Dilancarkan Pada Oktober