in , , , ,

Ini Trailer Gameplay Assassin’s Creed Valhalla Yang Tiada Paparan Gameplay Langsung

Seperti dijanjikan, Ubisoft telah memperlihatkan satu trailer terbaharu Assassin’s Creed Valhalla semasa livestream Inside Xbox yang berlangsung malam tadi.

Trailer ini diberi nama ‘gameplay trailer’, namun tiada sesaat pun paparan gameplay yang ada dalam video. Yang ada cumalah cutscene sinematik yang memaparkan aksi-aksi protagonis, Eivor dan angkatan Vikings melakukan serangan di England serta memperlihatkan beberapa lokasi menarik yang ada dalam game.

Mengeluarkan ‘gameplay trailer’ yang tiada langsung gameplay ini telah membuatkan ramai peminat tidak berpuas hati. Ramai yang mencadangkan agar trailer hanya digelar ‘cinematic trailer’ sahaja.

Korang boleh saksikannya di bawah:

Sedia maklum dengan ketidakpuasan hati para peminat ini, pengarah kreatif Assassin’s Creed Valhalla, Ashraf Ismail telah tampil mengatakan, ya, para peminat ada hak untuk menjangkakan lebih banyak paparan gameplay daripada trailer ini. Jelas beliau lagi, Ubisoft ada kempen pemasaran yang panjang untuk game ini, maka kita akan dapat melihat gameplay yang lebih mendalam dan butiran lain dalam masa akan datang.

Bila pendedahan itu akan dilakukan, masih belum diumumkan.

https://twitter.com/AshrafAIsmail/status/1258539675947429889?s=20

Assassin’s Creed Valhalla akan dilancarkan pada penghujung tahun ini untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Medium - Game Seram Antara Dimensi Fizikal Dan Dimensi Rohani

The Medium: Game Seram Antara Dimensi Fizikal Dan Dimensi Rohani

Cyberpunk 2077 Akan Benarkan Pemain Ubahsuai Kemaluan Karakter, Menurut ESRB