in , ,

Ini Teaser Trailer Pertama The Witcher Netflix Musim Kedua – Semuanya Tentang Ciri

Setelah lama menanti, dan menempuhi bermacam dugaan ketika penggambaran dalam suasana pandemik global, akhirnya Netflix telah memperlihatkan kepada kita teaser trailer pertama The Witcher untuk musim kedua.

Trailer ini sememangnya pendek, hanya berdurasi 12 saat yang mencantumkan secebis-secebis daripada beberapa babak Ciri dalam musim kedua itu. Walaupun hanya paparan yang laju, kita dapat lihat bagaimana Ciri bukan lagi lemah seperti dalam musim pertama dan karakter yang penuh berkuasa itu sudah bersedia untuk menggocang dunia.

Jom layan:

Buat masa ini, Netflix belum mendedahkan bilakah tarikh mula tayang musim kedua The Witcher di platform streaming itu.

Dalam berita The Witcher yang lain, Netflix dan CD Projekt Red telah mengumumkan kerjasama untuk memperkenalkan sebuah acara khas yang memfokuskan kepada francais The Witcher, digelar WitcherCon.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
FIFA 21 Akan Dilancarkan Pada Oktober - Beli Di PS4, Dapat Naiktaraf Percuma Ke PS5

EA Telah Digodam, Kod Sumber FIFA 21, Enjin Frostbite, Dan Lebih 780GB Data Dicuri

Elden Ring: Game Ciptaan George R. R. Martin Dan Hidetaka Miyazaki Akan Dilancarkan Januari 2022, Saksikan Trailer Gameplay