Ini Sistem Dalam Cip Xbox Series X, Dihasilkan Di Malaysia

Konsol generasi seterusnya daripada Microsoft, Xbox Series X bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini. Konsol yang disebut sebagai konsol gaming paling berkuasa di dunia itu sebenarnya dihasilkan di Malaysia.

Youtuber terkenal, Austin Evans telah memuatnaik satu gambar di Twitter yang memperlihatkan sistem dalam cip untuk Xbox Series X. Dan yang apa dapat kita lihat daripada cip ini, jelas kelihatan labelnya yang tertulis “Project Scarlett” (namakod konsol ini), “Diffused in Taiwan” dan “Made in Malaysia”.

Menurut Lowyat.Net, silikon yang terdapat dalam cip ini dihasilkan oleh satu syarikat terkemuka, Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC), sebelum dihantar ke Malaysia untuk tujuan pembungkusan (packaging). Kemungkinan besar, kilang tersebut terletak di Pulau Pinang, iaitu fasiliti TF AMD yang telah mula operasi sejak 1972 lagi.

Perkara ini semestinya tidaklah mengejutkan kerana cip AMD yang digunakan dalam Xbox One, Xbox One X, PS4 dan PS4 Pro juga diresap di Taiwan dan kemudian dihasilkan di Malaysia.

Cip dalam Xbox One.

JomKomen!