in ,

Ini Senarai Penuh Harga Setiap Barangan Gaming Di IKEA Malaysia – Kerusi Bermula Dari RM299

Hujung bulan lepas, IKEA Malaysia telah mengumumkan tarikh pelancaran barangan gaming keluaran mereka, dengan kerjasama ASUS Republic of Gamers (ROG), untuk pasaran tempatan.

Seperti dijanjikan, kini pihak IKEA Malaysia telah mendedahkan lebih lanjut setiap barangan tersebut serta butiran yang paling dinantikan para gamer, iaitu harganya.

Secara asasnya, terdapat 5 famili produk yang dilancarkan: UPPSPEL, LÅNESPELARE, MATCHSPEL, UTESPELARE dan HUVUDSPELARE.

Menurut siaran akhbar yang dihantar kepada JomGaming, semua produk UPPSPEL merupakan rekaan hasil kerjasama antara IKEA dan ROG, manakala famili produk yang lain dibangunkan oleh IKEA sendiri.

Berikut ialah senarai dan butiran lanjut setiap produk gaming keluaran IKEA Malaysia:

MATCHSPEL gaming chair (hitam/putih) — RM699

UTESPELARE gaming chair — RM499

HUVUDSPELARE gaming chair — RM299

UPPSPEL Gaming Desk — RM2,299 (panjang 140cm), RM2,499 (panjang 180cm)

UTESPELARE gaming desk (hitam & kelabu pudar) — RM499

FREDDE Gaming Desk — RM999

LÅNESPELARE mouse bungee black AP — RM49

LÅNESPELARE Headset Stand — RM79

LÅNESPELARE mug holder — RM49

LÅNESPELARE mug with lid and straw — RM30

“Di IKEA, kami amat menitikberatkan keharmonian dalam kediaman kita, lebih-lebih lagi selepas menghabiskan begitu banyak masa di rumah sewaktu pelaksanaan sekatan pergerakan,” kata Gerard Jansen, Pengarah Runcit Negara (Malaysia), IKEA Asia Tenggara.

“Kami sentiasa berazam untuk mewujudkan ruang yang bermakna untuk semua dengan memahami kehendak dan impian mereka terhadap syurga mereka iaitu rumah mereka. Pelancaran rangkaian pemainan digital IKEA melambangkan usaha sulung kami dalam menceburi dunia permainan digital, sekali gus menawarkan penyelesaian yang komprehensif, moden, berfungsi, dan mampu milik untuk dinikmati semua pemain digital.”

Rangkaian produk gaming ini IKEA boleh didapati di semua gedung IKEA mulai 11 November 2021, manakala untuk pembelian secara online pula boleh dilakukan menerusi IKEA.my/gaming mulai 14 November 2021.

Menerusi kerjasama dengan ASUS Republic of Gamers Malaysia, bermula pada 11 November 2021, ahli IKEA Family boleh menebus semula kemeja-T ROG edisi terhad dengan pembelian minimum sebanyak RM500 dalam satu resit untuk pembelian Rangkaian pemainan digital IKEA di gedung. Promosi eksklusif ini terhad kepada 100 pertama ahli di setiap gedung IKEA sementara stok masih ada.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Metronomik Kongsikan Muzik Penuh Yang Menenangkan Dari Trailer Sulung Ondeh Ondeh

Trailer Game Mobile Dari China Ini Tiru Trailer Battlefield 2042 Bulat-Bulat