in , , ,

Ini Sebab Kenapa Siri The Last of Us HBO Tidak Seganas Dalam Game

Francais game The Last of Us sememangnya cukup terkenal sebagai game yang menampilkan aksi-aksi yang penuh keganasan, sama ada ketika menentang zombi mahupun ketika bertarung dengan manusia.

Apabila dua episod siri televisyen The Last of Us di HBO kini sudah boleh ditonton, sesetengah peminat game agak kurang berpuas hati mengapa siri televisyennya tidak seganas dalam game.

Dalam satu kenyataan di PlayStation Blog, peneraju siri tersebut, Craig Mazin telah mendedahkan mengapa mereka terpaksa mengurangkan keganasan dalam siri itu berbanding game asalnya.

Jawab beliau:

“Satu lagi isu dengan siri ini di mana kami terpaksa membawakan kelainan daripada game adalah disebabkan game-game mempunyai mekanik penyembuhan dan penyembuhan tidak berfungsi seperti itu untuk televisyen. Kita tak bolehlah nak tunduk, membalut, kemudian tahu-tahu, dah sembuh. Jadi, keganasan mempunyai impak yang berbeza. Keganasan yang sedikit pun boleh beri kesan yang banyak, dan kesan itu kekal lama, lebih lama atau kekal selamanya.”

Ini sememangnya satu perubahan yang masuk akal. Dalam kata lain, perubahan ini dilakukan untuk memberikan nilai realistik kepada siri tv ini. Dalam kita ingin melihat kesemua butiran dalam game dibawa masuk ke adaptasinya, kita tidak boleh lupa yang kerangka penceritaan dalam televisyen sedikit berbeza daripada penceritaan dalam game.

Dalam game, kita boleh kena tembak 10 kali pun kita tidak akan mati. Boleh sembuh ke nyawa penuh lagi lepas dah balut dengan bandage. Tapi dalam siri televisyen, ia perlu lebih bersifat realistik.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Jualan The Last Of Us Meningkat 238% Selepas Siri TV HBO Ditayangkan

Dunia League of Legends Diperluas - Umumkan Animasi, Dokumentari, Game Shooter, Game Fighting, Game Kad, Mobile, Konsol

Kod Sumber League Of Legends Telah Digodam, Riot Enggan Bayar Wang Tebusan