Cyberpunk 2077 merupakan game keluaran CD Projekt Red yang amat dinantikan pada ketika ini. Sebagai sebuah syarikat yang membawakan kita karya agung The Witcher 3, pelancaran Cyberpunk 2077 dijangka akan menggegarkan dunia gaming pada tahun hadapan dengan grafik dan gameplay yang mantap.

Namun, pernah tak korang terfikir, bagaimanakah bentuk rupanya kalau Cyberpunk 2077 merupakan sebuah game yang dilancarkan ketika era PS1?

Channel Youtube Bearly Regal telah mencipta dan memuatnaik satu video yang memaparkan kononnya Cyberpunk 2077 adalah sebuah game di PS1. Grafik, gameplay dan kesan bunyi sememangnya mengingatkan kita kepada game-game klasik yang pernah kita mainkan semasa era tersebut.

Jom layan video berdurasi 14 minit di bawah:

JomKomen!