Kini memang satu trend di mana ramai pencipta mengambil game-game masakini dan dibikinnya semula dalam gameplay dan visual seakan ketika zaman PS1.
Antara yang pernah dilaporkan JomGaming sebelum ini ialah versi PS1 untuk Cyberpunk 2077 dan The Last of Us Part II.
Terbaharu, seorang lagi pencipta memperlihatkan perkembangan terkini projek mereka, iaitu versi PS1 untuk game eksklusif PlayStation yang dibangunkan FromSoftware, Bloodborne.
Korang boleh saksikan video-video di bawah melalui thread di Twitter oleh @b0tster.
Kalau diberi pilihan, game apa yang korang nak tengok dibikin semula dalam versi seakan PS1?
Comments
Loading…