in , , , ,

Ini Rupa Bentuk Kotak Red Dead Redemption 2 Yang Mempunyai 2 Disk – Digelar “Data Disc” Dan “Play Disc”

Minggu lalu, ada laporan yang mengatakan Red Dead Redemption 2 versi fizikal akan didatangkan dengan 2 disk dalam satu kotak, disebabkan saiz fail game ini yang sangat besar

Terbaru, dalam satu laporan terbaru, ia menguatkan lagi tentang perkhabaran 2 disk dalam satu kotak ini, yang mana ia merupakan pertama kali didatangkan dalam generasi konsol masakini. Dua laporan telah timbul memperlihatkan bagaimana rupa bentuk kotak tersebut yang direka untuk melekatkan 2 disk, serta turut kelihatan kedua-dua disk tersebut.

Laporan dari redditor u/StormSwitch berkongsikan steelcase berwarna merah, yang memperlihatkan bagaimana rupa bentuk kotak tersebut yang direka untuk melekatkan 2 disk. Korang boleh lihatnya di bawah:

Tweet daripada @PressStartKofi pula memperlihatkan kedua-dua disk tersebut — yang digelar “Data Disc” dan “Play Disc”. Deskripsi yang ada di disk tersebut menyatakan yang pemain perlu memasukkan Data Disc terlebih dahulu, kemudian barulah masukkan Play Disc. Korang boleh lihatnya di bawah:

Pastinya perkara ini akan dapat kita sahkan dalam beberapa hari sahaja lagi kerana Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan pada hari Jumaat ini, 26 Oktober, untuk PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Megaquarium: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Saiz Fail Untuk Battlefield V Di Xbox One Telah Didedahkan, Tidaklah Terlalu Besar