Setelah sekian lama berhajat, Sony akhirnya menunaikan permintaan para peminat untuk melihat reka bentuk konsol PlayStation 5.


Ya, Sony baru sahaja memperlihatkan reka bentuk konsol PS5 buat kali pertama dalam acara digital yang baru sahaja tamat sebentar tadi. Selepas memperlihatkan bermacam game yang bakal tampil di PS5, Sony menutup acara itu dengan pendedahan reka bentuk konsol generasi akan datang itu.
Apa yang paling menarik ialah mereka mengumumkan dua jenis konsol, iaitu PlayStation 5 yang biasa dan PlayStation 5 Digital Edition. Seperti tertera di namanya, Digital Edition adalah edisi konsol yang tidak didatangkan bersama tempat untuk memasukkan disk, yang mana pemain akan bermain game-game secara digital sepenuhnya.

Aksesori-aksesori lain juga diperlihatkan seperti Charging Station, HD Camera, Pulse 3D Wireless Headset, dan Media Remote.




Sony walau bagaimanapun masih belum mengumumkan harga dan tarikh pelancaran (masih lagi hujung tahun 2020).
Comments
Loading…