Menu
in ,

Ini Pula Gambar Pertama Ciri Dari Musim Kedua The Witcher Netflix

Ini Pula Gambar Pertama Ciri Dari Musim Kedua The Witcher Netflix

Semalam kita dapat menyaksikan dua gambar pertama penampilan Geralt dari musim kedua The Witcher di Netflix.

Terkini, Netflix mendedahkan pula gambar pertama untuk penampilan Ciri, yang dilakonkan oleh Freya Allan, dari musim akan datang itu. Kita dapat melihat satu aura yang cukup berbeza terhadap karakter muda ini apabila menampakkan kostum dan gerak badannya yang sedang berlatih bermain pedang. Sesiapa yang sudah menonton musim pertama tentunya ingat bagaimana Ciri begitu lemah dan hanya menurti arahan orang lain.

Seperti yang dinyatakan dalam sinopsisnya, musim kedua bakal memfokuskan kepada latihan yang akan diberikan oleh Geralt kepada Ciri di Kaer Morhen, tempat berlatihnya Geralt menjadi seorang Witcher pada zaman mudanya.

Selama beberapa hari mendatang ini, mungkin kita bakal disajikan dengan beberapa gambar dari karakter lain juga. Gambar siapa pula yang akan didedahkan pada hari ini kelak?

Buat masa ini, musim kedua masih lagi dalam penggambaran, dan belum ada tarikh tayangan. Musim pertama boleh ditonton sekarang di Netflix yang mempunyai lapan episod.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version