in , , ,

Ini Perbandingan Saiz PS5, PS4, Switch, Xbox Series X Diletakkan Bersebelahan TV

Beberapa hari lalu, Suruhanjaya Komunikasi Kebangsaan Taiwan telah mengeluarkan satu fail PDF (via The Verge) yang memberikan ukuran saiz sebenar konsol PS5. Daripada ukuran itu, kita dapati bahawa ia merupakan konsol gaming moden paling besar saiznya yang pernah dihasilkan.

Ini Perbandingan Saiz PS5, PS4, Switch, Xbox Series X Diletakkan Bersebelahan TV
Ukuran saiz PS5 yang didedahkan Suruhanjaya Komunikasi Kebangsaan Taiwan.

Daripada ukuran ini, seorang peminat dari Jepun, @keisawada telah memodelkan beberapa grafik yang memperlihatkan apakah bentuknya apabila beberapa konsol — PS5, PS4, Xbox Series X, Nintendo Switch — diletakkan bersebelahan sebuah televisyen.

Maka, dapatlah kita lihat bagaimana besarnya saiz konsol PS5 berbanding beberapa konsol terkini yang ada di pasaran masakini. Kepada yang sedang merancang untuk membeli PS5, bolehlah mula merancang pula untuk menyusun bagaimana hendak diletakkan konsol-konsol yang miliki di ruangan gaming korang.

PS5 akan dilancarkan ke pasaran Malaysia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Pemberian Percuma Football Manager 2020 Di Epic Games Store Pecahkan Rekod: 1 Juta Pemain Baru

Pemberian Percuma Football Manager 2020 Di Epic Games Store Pecahkan Rekod: 1 Juta Pemain Baru

Game Klasik Freedom Fighters Diterbitkan Semula Untuk PC Boleh Didapati Sekarang

Game Klasik Freedom Fighters Diterbitkan Semula Untuk PC, Boleh Didapati Sekarang