Trend game AAA masakini, setiap kali sesebuah game dilancarkan, pasti grafiknya akan dibandingkan dengan grafik yang pernah diperlihatkan dalam trailer-trailer sebelumnya.
Cyberpunk 2077 yang baru sahaja dilancarkan beberapa hari lalu juga tidak terlepas untuk dibandingkan seumpama ini.
Youtube channel Cycu1 telah memuatnaik satu video yang membandingkan grafik Cyberpunk 2077 — antara video demo yang pernah CD Projekt Red tunjukkan pada tahun 2018 dengan grafik terkini game ini. Grafik yang dibandingkan ini ialah menggunakan GPU Nvidia GeForce RTX 3080 dengan setting grafik dan prestasi yang dimaksimakan.
Jom layan:
Tentunya grafik dalam game pada waktu ini kelihatan sungguh memukau. Jauh lebih baik daripada apa yang pernah mereka paparkan kira-kira dua tahun lalu itu.
Harus diingat, perbandingan grafik ini menggunakan PC dengan antara GPU paling berkuasa di pasaran masakini. Untuk konsol, terutamanya konsol asal PS4 dan Xbox One, ia menerima kecaman yang teruk daripada para pemain kerana menyajikan grafik dan prestasi yang cukup mengecewakan.
Comments
Loading…