Seluruh dunia pada ketika ini mungkin masih lagi bimbang bagaimana kita akan menempuhi kehidupan seharian dalam pandemik COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda reda.
Tapi, itu tidak menghalang untuk Nintendo dan Universal Studios meneruskan rancangan mereka untuk melancarkan taman tema baharu.
Mereka telah memperlihatkan pandang pertama beberapa keping gambar taman tema Super Nintendo World di dalam Universal Studios di Osaka, Jepun yang dijadualkan dibuka kepada orang ramai pada 4 Februari 2021.
Korang boleh lihatnya di bawah:



Taman tema ini pertama kali diumumkan pada 2015, dan pada 2016 telah mengumumkan namanya, iaitu Super Nintendo World. Ia sepatutnya telah dibuka pada tahun ini, namun telah ditunda kerana pandamik.
Comments
Loading…