in , ,

Ini Pandang Pertama DualSense PS5 Yang Sebenar – 7 Info Baru Yang Didedahkan Dalam Video Ini

Malam tadi, penerbit Summer Game Fest, Geoff Keighley telah memuatnaik satu video yang memperlihatkan secara rasmi controller PS5, DualSense buat pertama kalinya kepada umum. Beliau telah mencuba DualSense dengan bermain Astro’s Playroom, satu demo khas untuk memperkenalkan apakah yang mampu dilakukan oleh DualSense.

Daripada percubaan pertama ini, beliau telah mendedahkan beberapa butiran seperti berikut.

1. Gameplay

Daripada gameplay Keighley bermain Astro’s Playroom, beliau menerangkan bagaimana rasanya apabila memegang controller tersebut apabila gameplay disajikan dengan pelbagai cabaran seperti ribut dan permukaan yang berbeza.

Beliau turut menceritakan bagaimana ada bunyi yang lebih baik dikeluarkan dari DualSense apabila karakter bersentuhan dengan beberapa objek.

2. Lebih Ringan

Keighley mendedahkan yang DualSense secara teknikalnya lebih berat berbanding DualShock 4, namun perbezaannya tidaklah terlalu ketara. Lebih penting, apabila memegang DualSense, ia mempunyai satu perasaan yang lebih ‘sedap’.

3. DualSense vs DS4

Dalam video ini, kita sudah dapat melihat Keighley mengangkat kedua-dua DualSense dan DualShock 4. Dalam satu tweet pula, beliau telah memuatnaik satu gambar yang lebih jelas, meletakkan dua controller dari dua generasi berbeza itu bersebelahan.

4. Bahagian Belakang

Apabila memusing-musingkan DualSense, para penonton akhirnya dapat melihat bahagian belakang controller ini. Sekaligus menidakkan khabar angin sebelum ini yang mengatakan DualSense akan ada beberapa butang tambahan di bahagian belakang. Seperti dapat dilihat dalam gambar di bawah, bahagian belakang DualSense adalah ‘bersih’ dan tiada sebarang butang tambahan.

https://twitter.com/PS5Console/status/1284157697299025925?s=20

5. Warna Lain

Selepas menunjukkan gameplay Astro’s Playroom, Keighley telah berbual bersama ketua pemasaran global PlayStation, Eric Lempel untuk menanyakan beberapa soalan. Antaranya ialah Keighley bertanyakan sama ada DualSense atau konsol PS5 itu sendiri akan mempunyai pilihan warna lain selain warna putih-biru yang telah diperlihatkan.

Lempel nampaknya hanya menjawab mudah, dengan hanya mengatakan, “kami akan bercakap mengenainya pada satu masa nanti. Pada ketika ini, seperti yang kamu sebutkan, ia sudah cukup sukar untuk mendapatkan unit yang kami telah tunjukkan. Tapi kita akan bercakap tentangnya pada satu masa kelak.”

6. Pra-Tempah

Kemudian, Keighley juga menanyakan bilakah pemain boleh mula melakukan pra-tempah untuk PS5. Ini jawab Lempel:

“Saya fikir ia selamat untuk katakan yang kami akan beritahu anda apabila pra-tempah akan dibuka. Kami pada satu waktu nanti akan beritahu kamu bila kamu boleh pra-tempah PS5. Jadi, tolong, jangan rasa macam kamu perlu berlari dan beratur di mana-mana sehingga kamu menerima notis rasmi tentang bagaimana pra-tempah ini akan berjalan.”

7. Jangka Hayat PS4

Seperti banyak yang telah disebutkan oleh Sony sebelum ini, mereka akan tetap menyokong PS4 walaupun PS5 dilancarkan kelak. Makna kata, jangka hayat PS4 tidaklah akan mati sebaik sahaja PS4 dilancarkan. Ini apa yang diperkatakan oleh Lempel:

“Kami yakin yang apabila semua ini digabungkan, termasuk semua fungsi menarik PS5 yang telah kami katakan, ia akan mengangkat pengalaman generasi seterusnya. Dan dalam banyak kes, kami tidak akan mampu membawa semua orang dari konsol sebelum ini kepada pengalaman itu. Kamu perlukan hardware baharu, kamu perlukan peranti baharu untuk merasai apa yang pembangun-pembangun ini ingin kamu alami.”

“PlayStation 4 adalah bahagian penting dalam apa jua yang kami lakukan, dan kami akan terus melakukannya. Terdapat banyak lagi yang bakal tiba daripada PlayStation 4. Saya rasa kita sedang melihat beberapa game terbaik generasi ini dilancarkan pada beberapa minggu ini, dan kami akan teruskannya. PlayStation 5 adalah produk generasi seterusnya, tapi kami mempunyai banyak lagi untuk pemain di PlayStation 4. Ada banyak lagi jangka hayat untuk produk ini.”

Memperkenalkan Buat Kali Pertamanya Secara Rasmi, Logo PlayStation 5

PS5 masih lagi mengikut jadual untuk dilancarkan pada hujung tahun ini. Tarikh tepat pelancaran dan harganya masih belum diumumkan.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Peminat Jadi Tak Keruan Selepas Henry Cavill Kongsikan Video Beliau Pasang PC Gaming

Peminat Jadi Tak Keruan Selepas Henry Cavill Kongsikan Video Beliau Pasang PC Gaming

Gameplay Baru The Last of Us Part II Buatkan Peminat Bercakap Tentang PlayStation Vita

Metacritic Memperkenalkan Cara Baru Untuk Halang Peminat Mengebom Reviu Terlalu Awal