Sudah bersedia untuk dikagumkan dengan grafik yang memukau ini?
Staramba ialah sebuah syarikat pakar dalam pengimbasan wajah (face scan), berpangkalan di Jerman. Syarikat ini bekerja untuk Konami.
Dalam beberapa tweet terbaru yang mereka keluarkan, kita mungkin boleh mengandaikan beberapa perkara. Pertama, mereka telah mengeluarkan beberapa tweet yang memperlihatkan wajah Cristiano Ronaldo setelah diimbas oleh mereka. Korang boleh saksikan di bawah, ia sememangnya mengagumkan:
https://twitter.com/staramba/status/997739561827622912
https://twitter.com/staramba/status/999307333820993536
https://twitter.com/staramba/status/997804217980149760
Syarikat tersebut tidaklah mengatakan sama ada gambar-gambar ini adalah untuk PES 2019 ataupun tidak (malah menyatakan tidak mahu komen apabila ditanya), namun kita boleh menjangkakan yang ia sekurang-kurangnya adalah asas yang bakal digunakan dalam game bola sepak itu nanti.
https://twitter.com/staramba/status/998108274636574720
https://twitter.com/staramba/status/1002938033396764674
Keduanya, daripada beberapa tweet mereka yang lain, mungkinkah PES 2019 akan kembali menampilkan Real Madrid secara rasmi dan berlesen — setelah kehilangannya dalam PES 2018 dan PES 2017?
Kami menyatakan sebegini kerana mereka memuatnaik gambar Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale memakai jersi Real Madrid sedang diimbas wajahnya oleh syarikat itu, selain turut mendedahkan gambar David Beckham memakai baju PES 2019. Harus diingat bahawa Konami hanya menggunakan teknologi pengimbasan wajah terhadap pasukan-pasukan yang mereka mendapat lesen.
JomBaca: 10 Perkara Tentang PES 2019 Setakat Ini – Tarikh Pelancaran, Trailer Dan Ciri-ciri Baru!
https://twitter.com/staramba/status/1002937180942200832
Jadi, ia memang sesuatu yang mempunyai asas sekiranya kita ingin berspekulasi.
Apa pula pandangan korang? Adakah korang merasakan Real Madrid akan kembali ke dalam siri PES setelah dua tahun menggunakan nama MD White? Sama-samalah kita nantikan.
PES 2019 akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 30 Ogos ini.
JomBaca: PES 2019 Umumkan Sembilan Liga Berlesen Yang Akan Dibawakan
PRE-ORDER PRO EVOLUTION SOCCER 2019
Deposit RM50 SAHAJA
FREE exclusive T-SHIRT PES2019 — Pre-order terus ke Facebook YC Games Station (Kuala Lumpur) & Kuppy Station (Terengganu)
Comments
Loading…