in , ,

Ini Mungkin Game PS5 Dengan Grafik Paling Realistik – Sampai Rasa Macam Nak Muntah

Game perlumbaan motosikal yang dibangunkan Milestone srl, Ride 4 sudapun dilancarkan ke konsol generasi lama tahun lalu.

Versi konsol generasi terkini pula telah dilancarkan pada Januari lalu, iaitu beberapa bulan selepas ia dilancarkan untuk konsol generasi lama.

Satu video yang dimuatnaik oleh Joy of Gaming di Youtube telah tular. Ia memaparkan gameplay Ride 4 di PS5 yang kelihatan sangat, sangat realistik.

Dimuatnaik dalam 4K60FPS, apa yang membuatkan video terasa seperti video perlumbaan sebenar adalah disebabkan ia memaparkan gameplay dari pandangan first-person.

Tidak pasti sama ada korang terasa juga, tapi penulis terasa pening macam nak muntah apabila menonton video ini kerana terasa seperti ia dirakam melalui GoPro dari penunggang motosikal sebenar.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mengumpulkan lebih 2.8 juta tontonan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Last of Us HBO: Ini Gambar Pertama Pedro Pascal, Bella Ramsey Sebagai Joel, Ellie

Battlefield 2042 Adakan Sesi Beta Terbuka Minggu Depan, Pra-Tempah Untuk Akses Lebih Awal