Beberapa hari lalu, LetsGoDigital telah mendedahkan satu dokumen yang dikatakan sebagai kit pembangunan (development kit) untuk konsol generasi akan datang dari Sony, atau kita panggilnya PS5. Dalam dokumen ini, antaranya terdapat rekaan fizikal dev kit PS5.

Ramai yang meragui sama ada dokumen tersebut sahih ataupun sebaliknya, tetapi Matthew Stott, artis senior dari Codemasters (pembangun Grid, Dirt Rally, dll), telah mengeluarkan satu tweet yang mengesahkan bahawa ia sememangnya sahih. Kata Stott, terdapat beberapa dev kit tersebut di pejabat mereka.

Bagi korang yang tidak tahu, dev kit merupakan konsol awal yang diberikan kepada pembangun-pembangun game bagi mempersiapkan game mereka agar dapat dibangunkan dan dikeluarkan apabila PS5 dilancarkan kelak. Disebabkan pembangunan game semestinya mengambil masa yang lama sehingga beberapa tahun, rekaan fizikal akhir sesuatu konsol itu masih belum dimuktamadkan.

Jadi, korang tidak perlulah risau melihat dev kit PS5 ini yang ‘buruk’, kerana ia bukan rekaan fizikal yang akan dibawa ke pasaran umum untuk dibeli pemain.

Sebagai ingatan, gambar di bawah ialah dev kit PS4 suatu ketika dulu sebelum PS4 dilancarkan. Berbeza bukan dengan rekaan PS4 masakini?

Tidak banyak yang kita ketahui tentang PS5 pada ketika ini. Namun korang boleh baca di sini, untuk ketahui apa yang telah didedahkan setakat ini.

Sumber: Gematsu

JomKomen!