Melalui pengumuman yang dilakukan EA semalam, kita bakal menyaksikan satu perubahan yang cukup besar kepada landskap video game bola sepak amnya, dan kepada para peminat francais game FIFA khususnya.
Kalau ada yang tertinggal berita besar tersebut: EA dan FIFA secara rasminya telah mengumumkan penamatan kerjasama selepas hampir 30 tahun menjadi rakan kongsi dalam membikin francais game bola sepak terbesar dunia.
EA dan FIFA akan menjalin kerjasama buat kali terakhir pada tahun ini melalui FIFA 23. Selepas FIFA 23, EA dan FIFA akan membawa haluan masing-masing.
Secara ringkasnya, antara faktor perpisahan ini adalah: EA kata FIFA meminta bayaran terlalu mahal untuk lesen, manakala FIFA pula kata EA mengamalkan sikap monopoli.
Melalui perpisahan ini, EA akan terus menghasilkan game bola sepak mereka dengan judul baharu iaitu EA Sports FC, manakala FIFA pula akan menugaskan penerbit dan studio lain untuk membangunkan game bola sepak baharu.
Kedua-dua belah pihak juga menjanjikan masa hadapan game bola sepak yang kelihatan lebih positif. EA menjanjikan game bola sepak mereka akan berkembang dengan lebih memfokuskan kepada kehendak komuniti pemain, manakala FIFA pula mengatakan mereka akan menghasilkan lebih banyak game bola sepak dari pelbagai genre.
Antara persoalan yang sering bermain dalam minda para peminat: Lesen untuk liga itu dan ini akan pergi kepada pihak mana? Lesesn untuk kelab itu dan ini akan berpihak kepada siapa?
Buat masa ini, kita masih belum mendapat senarai penuh apakah lesen-lesen yang bakal diperoleh oleh EA dan FIFA. Namun, daripada kenyataan yang dikeluarkan EA semalam, banyak juga lesen yang mereka sudah umumkan akan terus bekerjasama dengan EA Sports FC.
Antara liga, badan bola sepak dan jenama sukan yang sudah disahkan akan bekerjasama dengan EA Sports FC pada tahun hadapan:
- Premier League
- LaLiga
- Bundesliga
- Serie A
- MLS
- CONMEBOL
- UEFA
- NIKE
Di samping itu, beberapa kelab juga sudah melakukan rentas-promosi untuk EA Sports FC di platform media masing-masing, antaranya:
- Real Madrid
- Liverpool
- Manchester City
- Tottenham Hotspur
- Atletico Madrid
- Borussia Dortmund
- Toronto FC
- Austin FC
Tentunya, bukanlah kelab-kelab yang disebutkan di atas sahaja yang akan mempunyai lesen rasmi dalam EA Sports FC kelak. EA telah mengumumkan bahawa EA Sports FC yang akan dilancarkan pada tahun hadapan akan menampilkan lebih 300 lesen yang merangkumi lebih 19,000 pemain, lebih 700 pasukan, lebih 100 stadium dan 30 liga.
Selain itu, mode-mode utama juga seperti Ultimate Team, Pro Clubs, Career Mode dan lain-lain akan terus dikekalkan dalam EA Sports FC.
Butiran mengenai FIFA 23, EA Sports FC dan game-game bola sepak yang sedang dibangunkan FIFA bersama penerbit game lain akan masing-masing kongsikan dalam bulan-bulan mendatang ini.
The point of view of your article has taught me a lot, and I already know how to improve the paper on gate.oi, thank you. https://www.gate.io/vi/signup/XwNAU