in ,

Ini Keperluan Spesifikasi Untuk eFootball 2022 Di PC

Kurang dua minggu dari pelancaran, Konami telah mendedahkan keperluan spesifikasi eFootball 2022 untuk para pemain di PC.

Bersama-sama dengan pembukaan pra-tempah ‘Premium Player Pack’ di Steam, keperluan spesifikasi juga telah dikongsikan. Berikut ialah butirannya:

Keperluan minimum:

  • OS: Windows 10 – 64bit
  • Processor: Intel Core i5-2300 / AMD FX-4350
  • Memori: 8 GB RAM
  • Grafik: GeForce GTX 660 Ti / Radeon HD 7790
  • Storan: 50 GB ruang kosong
  • Keperluan yang disyorkan:
  • OS: Windows 10 – 64bit
  • Processor: Intel Core i5-7600 / AMD Ryzen 5 1600
  • Memori: 8 GB RAM
  • Grafik: GeForce GTX 1060 / AMD Radeon RX 590
  • Storan: 50 GB ruang kosong

Amacam? PC/laptop korang mampu untuk mainkan game bola sepak percuma terbaharu daripada Konami ini?

eFootball 2022 akan dilancarkan pada 30 September ini untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series. Versi iOS dan Android pula akan dilancarkan pada satu tarikh yang masih belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Belum Lagi Dilancarkan, PUBG: New State Melepasi 40 Juta Pra-Pendaftaran

Razer Kenakan Harga RM49 Untuk Sarung Jari Ketika Main Game Mobile