in , ,

Ini Keperluan Spesifikasi Untuk Call of Duty: Vanguard Di PC

Dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi, para pemain Call of Duty akan kembali ke era Perang Dunia Kedua melalui Call of Duty: Vanguard.

Kini, Activision telah berkongsikan keperluan spesifikasi yang diperlukan untuk para pemain di platform PC. Menariknya, mereka membahagikan keperluan kepada empat tahap — minimum, disyorkan, kompetitif dan ultra 4K.

Sistem Operasi

Minimum: Windows 10 64-bit (kemaskini terkini)
Disyorkan/Kompetitif/Ultra 4K: Windows 10 64-bit (kemaskini terkini) atau Windows 11 64-bit (kemaskini terkini)

CPU

Minimum: Intel Core i3-4340 atau AMD FX-6300
Disyorkan: Intel Core i5-2500K atau AMD Ryzen 5 1600X
Kompetitif: Intel Core i7-8700K atau AMD Ryzen 7 1800X
Ultra 4K: Intel Core i9-9900K atau AMD Ryzen 9 3900X

RAM

Minimum: 8 GB
Disyorkan: 12 GB
Kompetitif/Ultra 4K: 16 GB

Storage Space

Minimum: 36 GB semasa pelancaran (Multiplayer dan Zombies sahaja)
Disyorkan/Kompetitif/Ultra 4K: 61 GB semasa pelancaran

Hi-Rez Assets Cache

Minimum/Disyorkan/Kompetitif: Sehingga 32 GB
Ultra 4K: Sehingga 64 GB

Hi-Rez Assets Cache ialah ruang disk pilihan yang boleh digunakan untuk strim eset resolusi tinggi. Pilihan ini boleh dipadamkan dalam setting.

Video Card

Minimum: NVIDIA GeForce GTX 960 atau AMD Radeon RX 470
Disyorkan: NVIDIA GeForce GTX 1060 atau AMD Radeon RX 580
Kompetitif: NVIDIA GeForce RTX 2070/RTX 3060 Ti atau AMD Radeon RX 5700XT
Ultra 4K: NVIDIA GeForce RTX 3080 atau AMD Radeon RX 6800 XT

Video Memory

Minimum: 2 GB
Disyorkan: 4 GB
Kompetitif: 8 GB
Ultra 4K: 10 GB

Driver y ang Disyorkan untuk NVIDIA/AMD

NVIDIA: 472.12
AMD: 21.9.1

Bersama-sama dengan pendedahan keperluan spesifikasi, Activision turut memperlihatkan trailer khas untuk PC. Jom layan:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Mission Foods Umum Kerjasama Dengan Yoodo Untuk PUBG Mobile Campus Championship 2021

Netflix Games Mula Dilancarkan Secara Global, Bermula Dengan Android, Kemudian iOS