in , , , ,

Ini Keperluan Spesifikasi Untuk Call of Duty: Black Ops 4 Di PC

Mampukah PC/laptop korang mainkan siri terbaru daripada francais Call of Duty ini?

Sesi beta untuk Call of Duty: Black Ops 4 telahpun bermula di PS4 pada 3 Ogos dan berakhir pada 6 Ogos lalu. Bagi pemain di PC dan Xbox One, sesi beta ini akan bermula pada 11 Ogos ini.

Menjelang keluarnya sesi beta di PC ini, Activision telah mendedahkan keperluan spesifikasi minimum dan yang direkomenkan bagi platform tersebut. Korang boleh lihat sama ada PC atau laptop korang boleh mainkan game ini ataupun tidak di bawah:

Keperluan Minimum:

OS: Windows 7 64-Bit atau lebih baru
CPU: Intel Core i5 2500k atau AMD yang setaraf
RAM: 8GB
Hard drive: 25GB ruang kosong
GPU: Nvidia GeForce GTX 660 2 GB / GTX 1050 2GB atau AMD Radeon HD 7850
DirectX: Version 11.0 compatible video card atau yang setaraf
Sound Card: DirectX Compatible

Keperluan Yang Direkomen:

OS: Windows 10 64 Bit
CPU: Intel Core i7 4770k atau AMD yang setaraf
RAM: 12GB
Hard drive: 25GB ruang kosong
GPU: Nvidia GeForce GTX 970 / GTX 1060 6GB atau AMD Radeon R9 390 / AMD RX 580
DirectX: Version 11.0 compatible video card atau yang setaraf
Sound Card: DirectX Compatible

Sesi beta ini hanya boleh diakses oleh mereka yang telah melakukan pra-tempah untuk game ini.

Call of Duty: Black Ops 4 akan dilancarkan sepenuhnya untuk PC, PS4 dan Xbox One pada 12 Oktober ini.

JomBaca: Activision Dan Tencent Bekerjasama Untuk Bawakan Call of Duty Mobile Di China, Akan Jadi Free-To-Play

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

“Banyak Lagi Kandungan GTA V Bakal Tiba”, Kata CEO Take-Two Menjelang Ulangtahun Ke-5 Game Ini

7 Sebab Destiny 2 & Forsaken DLC Bawa Kembali Gameplay Klasik Destiny 1 Permintaan Ramai